NGO KUASA Mengadakan Kajian Lapangan Eko-pemusnahan Segari & Manjung

MANJUNG: Program Kajian lapangan Eko-pemusnahan Segari & Manjung telah diadakan oleh Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA) pada 9 Januari 2018 bertempat di Segari & Manjung, Perak. Program ini telah disertai seramai 30 orang (5 lelaki & 25 perempuan) yang terdiri daripada pelajar Universiti Sains Malaysia.   Bagi slot Taklimat Pembelajaran Kemusnahan-Eko, Hafiz mengalu-alukan semua pelajar […]

NGO KUASA Anjurkan Latihan Pemuliharaan Tempatan – Pengiktirafan pokok, inventori & penandaan bengkel luar

SEGARI: Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA) telah mengadakan Latihan Pemuliharaan Tempatan – Pengiktirafan Pokok, Inventori & Penandaan Bengkel Luar pada 23 hingga 24 Disember 2017 bertempat di Hutan Simpanan Dara (VJR) Tanjung Hantu Segari, Perak. Program ini telah disertai seramai 20 orang peserta yang terdiri daripada penduduk tempatan Teluk Senangin dan Segari serta sukarelawan KUASA. […]

NGO KUASA Anjurkan Bengkel Latihan Aktivis Sahabat Alam Sekitar (LASAK) 3.0

KUALA KUBU BHARU: Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA) telah menganjurkan Bengkel Latihan Aktivis Sahabat Alam Sekitar -LASAK 3.0 pada 15 Disember hingga 17 Disember 2017 bertempat di Asia Camp – Sendayu Eco, Kuala Kubu Bharu, Selangor. Seramai 41 peserta (16 perempuan & 25 lelaki) telah menyertai bengkel ini yang terdiri daripada sukarelawan KUASA, PEKA & […]

NGO KUASA Anjurkan Bengkel Pemerkasaan Sosioekonomi (Pos Piah)

SUNGAI SIPUT: Perak, Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA) telah mengadakan Bengkel Pemerkasaan Sosioekonomi (Pos Piah) pada 1 hingga 3 December 2017  bertempat di Perkampungan orang asli Pos Piah, Sungai Siput, Perak. Program ini telah disertai seramai 60 peserta (27 perempuan & 37 lelaki) yang terdiri daripada penduduk kampung orang asli dan orang awam.   Bagi […]

LASAK 2.0 berjaya menarik penyertaan anak muda dalam aktivisme alam sekitar

Pada 10-12 November yang lalu, Persatuan Aktivis Sahabat Alam – KUASA telah menjayakan Program Latihan Aktivis Alam Sekitar (LASAK) bilangan kedua bagi tahun 2017 di kawasan Utara Perak. Antara kawasan yang telah menjadi lokasi kajian lapangan termasuklah Lembah Beriah, Hutan Pondok Tanjung, Rizab Tasik Bukit Merah, Kampung Selamat, Hutan Kelip-Kelip Kampung Dew, Bukit Berapit dan […]

Artikel | Antara pembangunan & alam sekitar, yang mana lebih utama?

Populasi manusia semakin bertambah, itu adalah jelas. Ketika ini, jumlah populasi manusia adalah sebanyak 7.6 bilion dan dijangka akan meningkat kepada 9.9 bilion dalam tahun 2050 iaitu pertambahan sebanyak 33% bagi jumlah sedia ada. Di Malaysia pula, populasinya telah meningkat sebanyak 3 kali ganda iaitu dari 10 juta ke 30 juta orang semenjak tahun 1970. […]

NGO KUASA Anjurkan Latihan Aktivis Sahabat Alam Sekitar (LASAK 2.0)

PERAK: Program Latihan Aktivis Sahabat Alam Sekitar (LASAK 2.0) telah diadakan pada 10 November hingga 12 November 2017 bertempat di Gunung Semanggol, Bukit Merah, Kamunting, Bukit Berapit, dan Sungai Siput, Perak. Program ini telah disertai seramai 70 orang (17 lelaki & 23 perempuan) yang terdiri daripada pelajar university, guru sekolah menengah serta pekerja kerajaan dan […]

Lokasi & Hubungi Kami

WISMA KUASA Alamat surat menyurat: 2A, Jalan Bercham Bistari 1, Medan Bercham Bistari, 31400, Ipoh, Perak Darul Ridzuan Nombor telefon: +605-541 5797 @ +6010-965 1315 Faks: +605-541 5798 Email: admin@kuasaperak.org

Perutusan Presiden

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Salam Sejahtera, Selamat datang ke laman web rasmi Persatuan Aktivis Sahabat Alam – KUASA KUASA diasaskan sejak tahun 2009 dan berdaftar secara rasmi pada tahun 2012 dengan aspirasi ke arah perlindungan alam sekitar, pembangunan lestarti dan mempromosi cara hidup yang lestari dalam kalangan masyarakat melalui pendidikan, latihan, pemerkasaan komuniti, advokasi, aktivisme […]

Produk & Cenderahati KUASA

Baju T-KUASA Kualiti Kain = Gred A (Serap peluh & Selesa dipakai) T-Shirt “Friends of KUASA” Bahan baju dibuat daripada “microfibre”, ringan dan cepat kering. Sesuai untuk aktiviti lasak & luaran (outdoor). STOK TELAH HABIS!

Jom Pantau Hutan Kita (Forest Watch)

Projek ini adalah projek kesinambungan dan penambahbaikan daripada projek Forest Watch sebelum ini yang telah dicetuskan oleh Transparency International Malaysia (TI-M) yang telah tertangguh untuk beberapa tahun. Matlamat bagi projek ini adalah untuk mengukuhkan pengawasan hutan di Semenanjung Malaysia dan menggalakkan orang awam untuk menyertai tanggungjawab sosial dalam pengurusan hutan negara dengan cara melatih mereka […]

Pendekatan KUASA

Dalam memperjuangkan keadilan alam sekitar… KUASA mengambil pelbagai cara pendekatan yang berbeza bagi memperjuangkan nasib alam sekitar kita yang tercinta. Dengan menjadikan pendidikan & pembinaan manusiawi sebagai tunjang perjuangan kami, antara pendekatan yang diambil oleh kami untuk menyantuni golonga berkepentingan samada masyarakat awam mahupun birokrat, termasuklah mengadakan aktiviti:  LATIHAN DAN PENDIDIKAN KONSERVASI BIODIVERSITI PENYELIDIKAN PERTANIAN […]

Profil Organisasi

Kumpulan Aktivis Sahabat Alam – KUASA, berdaftar sebagai Persatuan Aktivis Sahabat Alam [PPM-033-08-14112012] di bawah Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS)  KUASA ditubuhkan pada November tahun 2012 di Daerah Manjung Perak yang ketika itu sedang hangat dengan pelbagai isu-isu alam sekitar kritikal seperti pembinaan kilang besi, pelabuhan, stesen janakuasa elektrik dan projek pembangunan tidak mampan di kawasan […]

Program & Aktiviti bagi bulan Oktober – November 2017

PROGRAM & AKTIVITI KUASA BAGI BULAN SEPTEMBER-OKTOBER 2017 5 Sept | Selasa – Lawatan pelajar dari Jepun ke kawasan kemusnahan alam sekitar (eco-destruction) di Daerah Manjung Perak (8.00 pagi – 6.00 petang) 6 Sept | Rabu- Mesyuarat bersama ketua kampung & JKKK Kg. Bukit Jana tentang pelan Sekolah Alam Sekitar (SAS) di Sekolah Rimba Bukit […]

Program & Aktiviti bagi bulan Ogos – September 2017

PROGRAM & AKTIVITI KUASA BAGI BULAN OGOS-SEPTEMBER 2017 5 Sept | Selasa – Lawatan pelajar dari Jepun ke kawasan kemusnahan alam sekitar (eco-destruction) di Daerah Manjung Perak (8.00 pagi – 6.00 petang) 6 Sept | Rabu- Mesyuarat bersama ketua kampung & JKKK Kg. Bukit Jana tentang pelan Sekolah Alam Sekitar (SAS) di Sekolah Rimba Bukit […]

KUASA jayakan projek pendidikan alam sekitar bersama anak-anak ‘stateless’ di Semporna Sabah

PADA 9 – 14 Ogos 2017 yang lalu, pasukan pendidikan alam sekitar Persatuan Aktivis Sahabat Alam – KUASA yang diketuai oleh Cik Syuhada Ahmad & En. Shaiful Bukari telah berjaya menjalankan aktiviti pendidikan alam sekitar bersama anak-anak ‘stateless’ Kampung Bangau-Bangau, Semporna, Sabah selama seminggu. Program yang dianjurkan menerusi kerjasama dengan NGO Teach For The Needs […]

Syarikat FELDA/FGV Malaysia langgar polisi perladangan kelapa sawit lestari – Greenpeace

          FELDA / FELDA GLOBAL VENTURES (FGV) *Artikel diterjemahkan semula daripada Laporan Greenpeace International, UK Kumpulan: FELDA HQ: Malaysia KEAHLIAN RSPO: Ahli untuk FELDA dan FGV Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) ditubuhkan pada tahun 1965 sebagai sebahagian dari program kerajaan dalam membantu dan menguruskan pekebun-pekebun kecil di Malaysia. Mengikut penyenaraiannya di […]

Kezaliman terhadap alam sekitar & sosial akibat daripada penjajahan Israel (VIDEO)

Video oleh: Radio Mundo Real  Dengan meningkatnya banyak diskriminasi dan penindasan terhadap wilayah Gaza, Palestin, pada 2013 Friends of the Earth (FoEI) telah mengadakan misi solidariti ke wilayah Palestin yang telah dijajah dan memerhatikan beberapa isu tentang pencabulan hak asasi manusia dan kemusnahan alam sekitar di sana. Keganasan yang berlaku di wilayah tersebut sekali lagi […]