PAMERAN ALAM SEKITAR “2 ALAM” | ENVIRONMENTAL EXHIBITION

Buat julung kalinya Persatuan Aktivis Sahabat Alam – KUASA dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan dan Sama Sama Perakmembawakan anda program Pameran dan Galeri Alam Sekitar, “2 Alam” yang memaparkan tentang realiti kemusnahan alam sekitar hari ini akibat daripada kelemahan pengurusan pembangunan yang telah menyebabkan pelbagai kerugian dalam bermacam sektor tanpa kita sedari. Pameran 2 Alam yang […]

Jom Pantau Hutan Kita (Forest Watch)

Projek ini adalah projek kesinambungan dan penambahbaikan daripada projek Forest Watch sebelum ini yang telah dicetuskan oleh Transparency International Malaysia (TI-M) yang telah tertangguh untuk beberapa tahun. Matlamat bagi projek ini adalah untuk mengukuhkan pengawasan hutan di Semenanjung Malaysia dan menggalakkan orang awam untuk menyertai tanggungjawab sosial dalam pengurusan hutan negara dengan cara melatih mereka […]

Projek Penubuhan Taman Negeri Segari Melintang

Pantai Segari adalah kawasan pesisiran pantai yang berkepanjangan hampir 20 km yang terletak di wilayah Pantai Barat Semenanjung Malaysia di dalam Daerah Manjung, Perak, Malaysia. Berdasarkan ekspedisi penyelidikan kami sebelum ini, Segari mempunyai segalanya dalam kekayaan biodiversiti. Sepanjang perairan tersebut terdapat 6 buah pantai dan sungai yang masih asli dan tidak tercemar. Spesis hidupan liar […]

Latihan Pemerkasaan Komuniti Hutan (LEPAK)

Matlamat utama projek ini adalah untuk mengukuhkan lagi pengawasan hutan di Semenanjung Malaysia dengan memperkasakan komuniti akar umbi yang tinggal berhampiran kawasan hutan sensitif seperti komuniti orang Asli, Nelayan di Hutan Paya Laut, petani dan golongan warga desa untuk secara langsung melindungi, memantau dan mendapat akses secara langsung kepada sumber-sumber hutan melalui beberapa siri latihan […]

Latihan Aktivis Alam Sekitar (LASAK)

Projek Latihan Aktivis Alam Sekitar adalah salah satu inisiatif KUASA untuk melatih orang awam khususnya golongan muda & komuniti akar umbi untuk menjadi aktivis alam sekitar. Matlamat utama LASAK adalah untuk menggalakkan partisipasi awam dalam pengurusan dan pembuatan keputusan dalam sektor alam sekitar berdasarkan polisi, undang-undang dan saluran yang sedia ada dengan melatih dan memperkasa […]