Jom Pantau Hutan Kita (Forest Watch)

Projek ini adalah projek kesinambungan dan penambahbaikan daripada projek Forest Watch sebelum ini yang telah dicetuskan oleh Transparency International Malaysia (TI-M) yang telah tertangguh untuk beberapa tahun. Matlamat bagi projek ini adalah untuk mengukuhkan pengawasan hutan di Semenanjung Malaysia dan menggalakkan orang awam untuk menyertai tanggungjawab sosial dalam pengurusan hutan negara dengan cara melatih mereka untuk menjadi sukarelawan pemantau hutan, mengambil bahagian dan melaksanakan tindakan yang sepatutnya di bawah peruntukan polisi, undang-undang dan saluran yang sedia ada untuk menyelesaikan isu alam sekitar terutamanya hutan di sekitar mereka dan juga menyokong penyelesaian isu di tempat lain.

Bengkel latihan, pameran dan tinjauan lapangan ini termasuk melatih orang awam bagi menjadi mata dan telinga bagi pihak berkuasa perhutanan dalam memantau perlaksanaan aktiviti pembangunan supaya mengikut peraturan, memantau pencerobohan, memahami secara garis panduan perhutanan dan pembangunan yang sepatutnya berjalan dengan lestari, membuat laporan kepada pihak berkuasa, menulis surat, emel dan langkah-langkah bersesuaian yang lain; mengambil bahagian dalam sesi pendengaran awam (EIA, RSN & RTD), menggunakan teknologi Google Earth Geospatial Technology (satellite imagery, aerial photography and GIS 3D globe) untuk mengenalpasti litupan hutan dan melaporkan aktiviti yang luar biasa di dalam hutan.

Pasukan pakar pemantau dan pakar penasihat hutan memperhalusi laporan tersebut dan memberikan respon. Apa sahaja aktiviti yang mencurigakan di dalam hutan akan segera ditangani untuk memperkuatkan urus tadbir hutan negara di peringkat sukarelawan komuniti.

Selain itu, matlamat projek Jom Pantau Hutan Kita ini juga untuk membantu agensi kerajaan dalam memperkemaskan lagi urustadbir pengurusan hutan dengan memantau keadaan hutan dan memberikan data yang meyakinkan bagi kategori Hutan Tanah Negeri dan Hutan Simpanan Kekal.

Projek ini juga melibatkan penerbitan risalah infografik ringkas, kempen media sosial, videografi & poster infografik bagi memahamkan orang awam tentang tanggungjawab dan prosedur memantau hutan.

Diharapkan pada akhir projek ini, urustadbir pengurusan hutan dapat dilaksanakan secara kolektif, telus, akauntabiliti dan memperkukuhkan demokrasi alam sekitar negara dengan penglibatan aktif komuniti awam dalam menjaga dan memantau hutan kita.

Muat turun dokumen pemantauan hutan

1. Akta Perhutanan Negara 1984
2. Kanun Tanah Negara 1965
3. Enakmen Perbadanan Taman Negeri
4. Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010
5. Akta Taman Negara 1980
6. Dokumen Central Forest Spine
7. Templat Dokumentasi Komuniti & Wilayah Hutan
8. Contoh Borang Pendengaran Awam (hafiz)
9. Peta Pengkelasan Hutan Simpanan Kekal (hafiz)
10. Borang / Dokumen Prosedur untuk Mengkelaskan Hutan di Dalam Hutan Simpanan Kekal
11. Manual Penggunaan GPS & GIS (hafiz)
12. Video Panduan Untuk Menggunakan Aplikasi Global Forest Watch (hafiz)
13. Templat Aduan Kepada Jabatan Alam Sekitar
14. Contoh Permit Kebenaran Merancang (hafiz)
15. Contoh Permit Penggunaan di Dalam Hutan Simpan
16. Garis Panduan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) – Laporan, Perintah Kualiti Alam Sekeliling 2015 (Jadual I & II) & Borang Bancian (hafiz)
17. Garis Panduan Penilaian Impak Sosial (SIA) – Laporan & Borang Bancian (hafiz)
18. Templat Borang Aduan Kesalahan Hutan
19. Templat Laporan Aduan Alam Sekitar 
20. Templat Surat Menyurat (hafiz)
21. Templat Memorandum (hafiz)
22. Templat Kertas Cadangan (hafiz)
23. Templat Emel (hafiz)
24. Templat Faks (hafiz)
25. Templat Ayat Media Sosial (hafiz)
26. Templat Ayat Sidang Media (hafiz)
27. Contoh borang kutipan tandatangan & petisyen
28.Dokumen Kawasan Sensitif Alam Sekitar
29.Rancangan Fizikal Negara, Rancangan Struktur Negeri & Rancangan Tempatan
30. Senarai wartawan & media yang boleh dihubungi

Post Author: Editor KUASA