NGO KUASA Anjurkan Bengkel Pemetaan & Dokumentasi Komuniti Pos Air Banun

GERIK: Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA) telah mengadakan Pemetaan & Dokumentasi Komuniti Pos Air Banun pada 24 hingga 26 November 2017 bertempat di Kampung Desaria, Pos Air Banun, Gerik, Perak. Program ini telah disertai seramai 60 peserta (41 lelaki & 19 perempuan) yang terdiri daripada ahli KUASA, orang awam dan orang asli.

 

Bagi persediaan program, khemah-khemah, dapur memasak, tempat berkumpul dan bilik air telah dibina oleh semua peserta dengan bantuan dari penduduk kampong. Wakil dari Pos Air Banun Orang Asli, Kak Aini, memberi taklimat kepada para peserta tenatang budaya di kampung mereka.

 

Bagi sesi suai kenal, peserta memperkenalkan diri. Hafizudin sebagai pengarah projek menerangkan objektif dan tentatif program manakala wakil Pos Air Banun berkongsi mengenai sejarah kampung mereka, isu-isu kehidupan dan alam sekitar.

 

25 November 2017 – Bengkel interaktif mengenai kepentingan wilayah-wilayah kepada masyaraakat oranag asli, diiktiraf secara rasmi dan undang-undang telah di anjurkan oleh Hafizudin. Bengkel ini dapat memberi pencerahan kepada peserta mengenai definisi sebenar ‘wilayah’ mengikut komuniti yang bergantung kepada hutan dan prosedur yang melibatkan agensi-agensi teknikal dan dokumentasi yang dilakukan untuk mencapainya.

 

Selain itu, bengkel mengenai cara penggunaan kompas & GPS juga turut di ajarkan oleh En. Arham dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Seramai 54 orang tidak mengetahui menggunakan kompas manakala 49 orang tidak mengetahui menggunakan GPS dari 60 orang peserta. Peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan & diberikan GPS dan kompas. Bacaan GPS direkodkan oleh mereka di sepanjang kawasan komuniti Pos Air Banun, kawasan adat & kebudayaan, spesies herba, air terjun & sungai serta apa yang luar biasa. Bengkel ini adalah kunci kepada keseluruhan program iaitu bertujuan untuk orang asli berkemahiran & berpengetahuan mengenai penghasilan peta untuk kegunaan undang-undang.

 

Bagi mendedahkan isu-isu hak persekitaran dan adat orang asli, peserta di beri kumpulan bagi membincangkan faktor-faktor dan kesan- kesan yang membawa kepada isu-isu kepada masyarakat bandar dalam jangka panjang disamping mendedahkan mereka tentang realiti pemusnahan hutan.

 

26 November 2017 – Berdasarkan data coordinat terkumpul daripada bacaan GPS, peta digital telah dihasilkan oleh setiap kumpulan dengan menggunakan aplikasi Sistem Maklumat Geografi (GIS). Peta yang dihasilkan oleh peserta dibandingkan dengan peta yang dihasilkan oleh Encik Arham (Pengajar) Hanya terdapat beberapa perbezaan dalam koordinat bagi menghasilkan peta, hal ini menunjukkan peserta dapat mengendalikan GPS dengan baik. Pos Air Banun masyarakat orang asli gembira dengan hasilnya kerana mereka hampir mendapat peta yang sesuai bagi digunakan untuk mendapat pengiktirafan oleh pihak berkuasa.

 

Bagi mendapatkan maklum balas daripada para peserta program, sesi refleksi telah diadakan bagi menilai pemahaman dan faedah kepada mereka mengenai pengisian program. Wakil-wakil komuniti telah berbincangkan Hafizudin & sukarelawan KUASA untuk tarikh susulan bagi menghasilkan lebih banyak peta terperinci bertujuan dokumentasi dan dikemukakan kepada pihak berkuasa untuk pengiktirafan.

Kemudian, penghargaan diberikan kepada Kak Aini dan En. Arham oleh pengarah program Hafizudin sebagai atur cara majlis penutup.

Post Author: Editor KUASA