APA MASALAH HUTAN LADANG (PEMBUKAAN LADANG DI DALAM HUTAN SIMPAN)?
Ini antara beberapa hujah asas mengapa aktivis alam sekitar sangat menentang kelulusan pembukaan ladang di dalam Hutan Simpan. Di dalam polisi perhutanan negara, Hutan Ladang, yakni ladang tanaman satu jenis diiktiraf sebagai hutan. Sedangkan ia terang-terangan telah gagal dalam menjalankan fungsi seperti hutan semulajadi. Pembukaan ladang di dalam hutan simpan memerlukan kerja-kerja pembalakan tarah habis atau cuci mangkuk. Maka ia bukanlah amalan pembalakan terpilih. Antara keburukan hutan ladang adalah ia gagal dalam:
1. Menjadi habitat kepada spesis biodiversiti, hidupan liar yang bervariasi dan menyediakan khidmat ekosistem kerana ia mempunyai satu jenis pokok sahaja
2. Menjadi kawasan tadahan air kerana Hutan Ladang tidak mempunyai strata/lapisan pokok yang bertingkat2, yang memperlahankan curahan air hujan sebelum ia masuk ke dalam tanah. Pendek kata, ia gagal berfungsi sebagai ‘natural sponge’
3. Mengukuhkan tanah, kerana tanaman monokrop seperti kelapa sawit yang menjadi ladang tanaman dominan negara ini mempunyai akar yang pendek dan serabut, tidak seperti akar pokok2 hutan yang tunjang dan panjang, yang mampu mencengkam tanah daripada terhakis
4. Mengawal suhu dan cuaca. Kerana pokok kelapa sawit misalnya, mempunyai daun yang lurus dan tirus, tidak lebar seperti daun2 pokok hutan yang biasa yang mempunyai permukaan daun/chrlorophyll yang luas bagi memaksimakan proses fotosintesis (baca: memerangkap gas karbon dioksida yang menjadi punca kepada pemanasan global). Jika hutan digantikan dengan ladang, suhu sekitarnya akan bertambah panas dan menyebabkan banyak air tersejat, dan kondensasi dalam kadar yang tinggi, secara tidak langsung menyumbang kepada hujan lebat dan banjir
5. Ia juga Mengancam kepentingan sosioekonomi orang asli kerana ladang hutan sekaligus menggantikan tumbuh2an 1,001 manfaat seperti pokok herba, pokok2 variasi dan besar yang menjadi habitat kepada hidupan liar buruan orang asli, menghadkan tanah rayau orang asli, tanah pertanian dan impak negatif yang lain.
6. Ia Menyebabkan sungai tercemar daripada sisa kimia pertanian, mendakan lumpur dan sekaligus banjir lumpur. Apabila hutan ditarah habis untuk dibuat ladang, sementara menunggu tanaman ganti tumbuh matang, permukaan tanah yang terdedah akan dihakis dengan hujan lebat, lalu ia sekaligus membawa kesemua tanah2 tersebut ke kawasan aliran sungai berdekatan. Kesimpulannya mudah, Sungai tidak akan keruh jika tiada penerokaan di hulunya.
7. Dan bermacam keburukan secara tidak langsung lagi akibat memusnahkan fitrah kejadian alam
Realiti?
Apa yang dibantah adalah mengapa Ladang ini dibuka di dalam kawasan Hutan Simpan? Bahkan ada yang diluluskan di dalam kawasan Hutan Perlindungan? Sudah tiadakah tanah-tanah terbiar yang lain yang boleh dibangunkan untuk kelapa sawit? Adakah benar2 kita perlukan ladang dengan lebih banyak di dalam hutan simpan? Atau sebenarnya kita ingin sapu balak secara habis dan beri alasan mahu buka ladang?
KAMI HARAP MASYARAKAT MEMBUKA MATA DAN BANGKIT DALAM MEMBANTAH PROJEK LADANG HUTAN YANG TELAH BANYAK SEKALI MEMUSNAHKAN ALAM SEKITAR KHUSUSNYA HUTAN HUJAN TROPIKA KITA