Kisah Badak Raya yang terakhir di Perak

Diolah daripada maklumat Encik Meor Razak (Sahabat Alam Malaysia – SAM)

Spesis Badak Raya R. s. sondaicus di Zoo London dari Mac 1874 sehingga Januari 1885

Satu ketika dulu negeri Perak merupakan negeri yg mempunyai taburan dan habitat Badak Raya. Sebelum itu, secara ringkasnya, Badak Raya atau dalam bahasa Inggerisnya, Javan rhinocerus merupakan salah satu daripada 5 spesis badak sumbu yang ada di dunia.

Spesies ini kini amat terancam dengan disenaraikan sebagai kategori sangat terancam di bawah IUCN (International Union for Conservation of Nature), dengan hanya dua populasi secara liar dan tiada di zoo dan ia kemungkinannya mamalia besar paling jarang dijumpai di dunia (1). Di Malaysia, ia telah lama pupus, semenjak tahun 1930 lagi. Punca kemerosotan badak Raya dikatakan disebabkan oleh pemburuan haram, terutama bagi tanduknya, yang amat dihargai dalam perubatan tradisional Cina, bernilai sehingga US$30,000 se kilogram di pasaran gelap. Namun faktor pembangunan merupakan faktor terbesar kepada kepupusan spesis ini.

Habitat Badak Raya kebanyakan tinggal di kawasan tanah lembap (terutama hutan paya gambut dan hutan paya air tawar. Kedua-dua habitat ini merupakan kawasan paling terancam akibat aktiviti pembangunan manusia

Oleh kerana habitat dan jenis-jenis kawasan hutan tersebut telah diancam kemusnahan maka secara tidak langsung ia telah mengancam kehidupan spesies Badak Raya.

Kebanyakan guna-tanah sedia-ada di kawasan tersebut telah ditukar samada pertanian berskala ladang, kawasan penempatan, komersial ataupun kolam akuakultur

Kepala R. s. annamiticus ditembak di Perak di Semenanjung Malaysia.

Di Malaysia, antara kawasan habitat tumpuan Badak Raya ialah di Daerah Hilir Perak namun pada hari ini hampir keseluruhan Daerah Hilir Perak tidak terdapat lagi habitat hutan paya gambut dan hutan paya air tawar.

Hutan Simpanan Kekal (HSK) di Daerah Hilir Perak yg terakhir dan telah dimansuhkan ialah Hutan Simpan Erong (HS Erong) seluas lebih 7,000 hektar pd 2014.

Sebahagian besar hutan simpan tersebut adalah jenis hutan paya gambut yg merupakan habitat Badak Raya dan spesies pokok bernilai dan terancam terutama spesis pokok Ramin (Gonystylus sp.).

Malah habitat hutan tanah lembab di Daerah Hilir Perak juga merupakan habitat Babi Jokut (Sus barbatus) dan berkemungkinan di negeri Perak telah pupus. Ia merupakan hidupan liar yg penting dalam melengkapkan sistem ekologi.

Badak Raya terakhir di Malaysia telah ditembak di Teluk Intan, Perak dan rangkanya telah disimpan di Muzium Alam Semulajadi di London.  Badak Raya terakhir telah ditembak pada 1932.

Seorang pemburu Belanda dengan bangkai R. s. sondaicus di Ujung Kulon, 1895
Tangkapan Badak Raya, sekitar 1900
Badak Raya dikategorikan sebagai spesis “Sangat Terancam” di bawah senarai IUCN

(1) Dinerstein, Eric (2003). The Return of the Unicorns; The Natural History and Conservation of the Greater One-Horned RhinocerosNew YorkColumbia University PressISBN 0-231-08450-1.

Post Author: Editor KUASA