NGO KUASA Anjurkan Lawatan Lapangan Kawasan Tanah Adat Orang Asli Cunnex.

GERIK: Pada 23 Mei 2019 lawatan lapangan diadakan di Kawasan Tanah Adat orang Asli Cunnex. Program tersebut dijalankan dari jam 11.30 pagi sehingga 7.00 petang dan bertempat di Kampung Tasek Cunex, Gerik. Program ini dikeuai oleh Hafizudin Nasarudin dan dibantu oleh Meor Razak dan Shazni Bhai. Jumlah peserta yang terlibat adalah seramai 13 orang yang terdiri daripada sukarelawan KUASA dan pelajar universiti.

 

 

Bagi Sesi Penerangan Isu Tanah Adat dan Wilayah di Semenanjung Malaysia, peserta diberi penerangan mengenai latar belakang sejarah tanah adat dan wilayah orang asli di Semenanjung Malaysia. Meor Razak menerangkan sistem pengurusan hutan di Perak sera lompong yang menimbulkan masalah dalam konflik tanah adat & wilayah orang asli dan kerajaan negeri.

 

Seterusnya, bagi sesi perkongsian bersama masyarakat Orang Asli, Pam Yeek, Pengerusi Jaringan Orang Asli Cunex berkongsi sejarah suku kaum Temiar Cunex yang diarahkan berpindah pada zaman darurat bagi mengawal keselematan daripada ancaman komunis. Setelah kampung mereka disahkan selamat, ramai yang pulang untuk menetap di kampung asal & ada yang tinggal di penempatan baru. Kerajaan negeri hanya merizabkan kawasan penempatan baru sebagai Rizab Orang Asli. Perkara ini menjadi masalah apabila projek pembangunan dijalankan di kampung asal yang tidak termasuk dalam kawasan Rizab Orang Asli. Peserta dapat memahami konteks permasalahan dengan bantuan peta-peta lama yang masih disimpan oleh komuniti tersebut.

 

Untuk lawatan ke sekitar tanah adat Cunex & kawasan pembalakan, selepas makan tengah hari dan solat, peserta melawat beberapa kawasan keramat dalam tanah adat masyarakat Cunex, sungai yang dicemari oleh lumpur dari projek pembalakan menerusi jalan balak yang ada.

 

Bagi sesi perbincangan hasil lawatan dan rumusan aktiviti, peserta kembali ke Kampung Tasik Cunex untuk berbincangan mengenai pemahaman dan pandangan mereka ke atas isu konflik tanah adat dan wilayah Orang Asli dan Kerajaan Negeri. Rata-rata peserta dapat memahami dan memberikan ulasan yang bernas.

 

Post Author: Editor KUASA