GERIK: Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA) telah mengadakan Lawatan Lapangan ke Rafflesia, Gerik yang bertempat di Felda Bersia Timur & Kampung Bongor, Gerik, Perak selama 3 hari 2 malam dari 14 Ogos hingga 16 Ogos 2018. Lawatan telah disertai seramai 12 orang yang terdiri daripada staff PPIR FRIM dan sukarelawan KUASA.
Bagi Sesi Penerangan kepada Projek Pemuliharaan dan Interpretif Rafflesia, peserta mendaftar di Sri Inai Inn, Bandar Gerik. Mereka kemudian terus dibawa ke tapak projek. Peserta diberi penerangan mengenai tujuan lawatan tapak diadakan serta pengenalan kepada program pemuliharaan dan interpretif rafflesia di Bersia, Gerik. Seterusnya, peserta dibawa menaiki 4wd untuk melawat stesen-stesen aktiviti di tapak projek seperi tapak perkhemahan, pusat visual, salt lake, Menara tinjau dan laluan buluh.
Seterusnya, bagi sesi penerangan tugasan, Staf FRIM menerangkan tentang tugasan yang perlu dilakukan bagi sesi trekking keesokan harinya kepada peserta. Peserta dikehendaki menghasilkan modul aktiviti kesedaran serta pendidikan rafflesia dan spesies pokok yang lain yang boleh dimasukkan ke dalam senarai aktiviti bagi pengunjung.
Untuk sesi lawatan dan trekking di tapak projek, aktiviti trekking di tapak projek dilakukan untuk mendapatkan input bagi menghasilkan modul kesedaran dan pendidikan konservasi rafflesia serta spesies pokok yang lain di Gerik. Peserta juga merangka modul aktiviti yang bersesuaian mengikut aktiviti di setiap stesen dengan menetapkan tempoh masa yang sesuai.
Bagi lawatan ke nurseri rafflesia di Kampung Bongor, peserta dibawa ke nursery rafflesia di Kampung Bongor, yang diusahakan oleh staf projek PPIR dan komuniti Kampung Bongor. Peserta diterangkan kaedah-kaedah yang masih dikaji oleh para penyelidik FRIM bagi membenihkan putik rafflesia di tetrastigma yang kemudiannya akan dibawa ke tapak projek.
Untuk sesi perbincangan input Peserta membincangkan input-input yang mereka dapatkan di tapak projek dan mula menyusun aktiviti-aktiviti yang bersesuaian bagi menghasilakn modul aktiviti yang boleh diguna pakai untuk projek tersebut.
Seterusnya, bagi Sesi Lawatan dan Trekking di Hutan Bernilai Konservasi Tinggi (Rafflesia) di Kampung Bongor, peserta dibawa ke habitat asli spesies rafflesia di Gerik iaitu di Hutan Bernilai Konservasi Tinggi (Rafflesia) di Kampung Bongor. Penerangan diberi oleh wakil komuniti Kampung Bongor, Encik Ishak yang bekerjasama dengan pihak FRIM bagi projek PPIR selama beberapa tahun kepada peserta.
Sebagai rumusan, lawatan Projek Pemuliharaan dan Interpretif Rafflesia (PPIR) berjalan dengan lancar. Kedua-dua pihak, KUASA & FRIM telah menjalankan tugasan serta mendapat input yang diperlukan.