Latihan Aktivis Alam Sekitar (LASAK 5.0) di Pulau Pinang

Sukacita dimaklumkan, Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA) bakal menganjurkan Program Latihan Aktivis Alam Sekitar (LASAK 5.0) yang bakal berlangsung pada 7-9 Disember 2018 nanti di sekitar Pulau Pinang.

LASAK 5.0 bertujuan untuk mendedahkan para peserta tentang realiti senario pembangunan hari ini yang kadang kala, tanpa pengurusan dan penjagaan alam sekitar yang baik telah menyebabkan beberapa kerugian ekologi dan kemusnahan alam sekitar yang menjejaskan kesejahteraan rakyat. Ia juga bertujuan untuk melatih para peserta untuk menjadi warganegara yang prihatin, yang mampu mengambil tindakan proaktif dalam menyertai proses pembangunan negara, melindungi khazanah alam yang tercinta serta membuka pandangan hidup mereka tentang betapa pentingnya alam sekitar di dalam kehidupan.

LASAK kali ini akan menumpukan kepada aktiviti lawatan lapangan di mana para peserta akan dibawa dan didedahkan dengan isu-isu alam sekitar yang berbeza di sekitar Pulau Pinang dengan melawat kawasan pencemaran, kawasan penambakan laut, kawasan tanah runtuh dan kawasan eko-kemusnahan akibat kelemahan pengurusan pembangunan.

Peserta juga akan berpeluang untuk melawat kampung-kampung nelayan dan mendengar perkongsian daripada aktivis alam sekitar di Pulau Pinang bagi memahami sendiri realiti konflik pembangunan dan alam sekitar di negeri tersebut.

Maklumat lanjut dan tentatif tentang program adalah seperti berikut:

Tarikh: 7-9 Disember 2018 (Jumaat-Ahad)
Tempat: Gelugor, Pulau Pinang (tempat pendaftaran) dan jelajah seluruh Pulau Pinang
Yuran Pendaftaran: RM 80 (Orang Awam) | RM 60 (Pelajar)
Cara mendaftar: Hubungi 017-418 1710 (Hawa), 016-487 4550 (Andrew) atau emel ke admin@kuasaperak.org

Tentatif penuh (akan dikemaskini dari masa ke semasa) :

Post Author: Editor KUASA