Keadaan Air Terjun Dakota, Gua Musang Kelantan. Sebelum dan Selepas pembalakan

Baru-baru ini sekumpulan aktivis alam sekitar dari Persatuan Aktivis Sahabat Alam – KUASA, BUMI Kelantan & pegawai agensi SPRM telah berada di Gua Musang Kelantan utk meninjau aktiviti pembalakan tidak terkawal yang telah berlaku di HS Balah, Pos Gob, Gua Musang. Air terjun Dakota adalah termasuk sebahagian daripada kawasan ini

Ada satu perkara yg menarik utk diketengahkan tentang isu ini, iaitu apakah nasib bangkai kapal terbang Dakota KN630.

Sejarah air terjun ini bermula apabila terdapat sebuah bangkai kapal terbang milik British RAF yg terhempas pada 25 Ogos 1950 yg telah mengorbankan kesemua anak kapalnya di mana seramai 12 orang telah meninggal dunia di situ dan kawasan ini pernah menjadi kawasan carigali pencarian oleh pihak kerajaan Malaysia, Muzium Tentera Darat, NGO dan pihak British sendiri dalam Ekspedisi Garis Waktu dalam operasi mencari tulang manusia dan barangan penting.

Apa yg ingin diperkatakan di sini adalah tempat nahas ini amat bersejarah dan merupakan kubur perang yg sensitif dalam ketenteraan. Kerana daripada lawatan tinjauan kami, para pembalak dan pekerja kongsi tersebut mendakwa aktiviti pembalakan selektif (SMS) seluas 500 ekar telah diluluskan oleh kerajaan negeri.

Semenjak kunjungan terakhir kami 6 bulan lalu, kami juga ada membangkitkan isu Aktiviti Pembalakan yang berlaku di kawasan Air Terjun Dakota tetapi ianya dinafikan oleh Kerajaan Negeri Kelantan dengan mengatakan bahawa TIADA LESEN MEMBALAK DILULUSKAN oleh Kerajaan Negeri Kelantan.

Malahan sewaktu tinjauan kami terdapat rumah kongsi pembalak yang telah pun dibina dan jentera-jentera berat sudah pun memulakan operasinya berhampiran wreckage & kawasan air terjut tersebut tersebut.

Apa yg diperhatikan bahawa lori balak akan terus melalui atas sungai untuk melintas ke kawasan seberangnya dan akan menjahanamkan sungai sedia ada dan alirannya sedikit demi sedikit. Pembalakan ini juga yg memusnahkan kawasan hutan simpan yg jelas tidak terurus dan boleh mengakibat ekologi sistem hutan seperti habitat hidup dan geo-infrastruktur tanah dan sungai akan rosak.

Jadi kepada pihak berkuasa tempatan, khususnya Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan dan juga Jabatan Warisan Negara, tanpa langkah proaktif dari pihak anda, tudak mustahil aset bersejarah ini bakal lenyap walaupun ramai yang telah tahu beberapa tahun lepas ketika banjir besar berlaku telah mengubah kedudukan bangkai pesawat tersebut dan serpihan nya bertaburan dan ada yg sudah hilang pun sebahagian daripadanya.

Atau mungkin pihak berkenaan tidak nampak lagi nilai pada besi buruk ini sehingga tidak ada sesiapa pun mampu menahan aktiviti pembalakan ini. Kepada rakan2 yg pernah melawat dan menganjurkan program melawat wreckage ini pasti rasa terkesan andai kata wreckage ini berubah kerana banjir kilat atau boleh jadi hilang dikedudukannya kerana diskrap.

Dan apatah lagi kepada rakan2 yg pernah berkampung disitu suatu masa dahulu utk Ekspedisi Garis Waktu. Pasti ada memori dan nostalgia yg ditinggalkan.

Mudah-mudahan isu ini segera diselesaikan

Disunting daripada post asal Saudara Hairul Anuar (Malaya Historical Group – MHG)

https://www.facebook.com/PersatuanAktivisSahabatAlam/videos/pcb.1006679509468331/1006677932801822/?type=3&theater

https://www.facebook.com/PersatuanAktivisSahabatAlam/videos/pcb.1006679509468331/1006677932801822/?type=3&theater

Post Author: Editor KUASA