Program & Aktiviti bagi bulan Jun – Julai 2017

Mei-Jun:

Mesyuarat Jawatankuasa Perlaksanaan Kempen Taman Negeri Segari Melintang

Tempat: Teluk Senangin, Perak (tarikh akan dimuktamadkan kelak)

Keterangan: Penubuhan pasukan perundingan & perlaksanaan bagi membawa usul & dokumentasi ke arah penggazetan Segari sebagai Taman Negeri ketiga di Perak

kepada mereka yang berminat dalam bidang penyelidikan, eko-pelancongan & konservasi, penyertaan dan tenaga anda amat dialu-alukan

 

Mei-Jun:

Perbincangan (Brainstorming) bagi penubuhan Sekolah Alam Sekitar (School of Sustainability) – Siri Pertama

Tempat: USM Penang (tarikh akan dimuktamadkan kelak)

Kami memerlukan & mengalu-alukan penyertaan daripada sukarelawan KUASA yang berminat untuk menjadi fasilitator atau tenaga pengajar dalam subjek alam sekitar, biodiversiti & sebagainya untuk penganjuran Kem Remaja, Latihan Aktivis, Komuniti & sebagainya_

 

Mei-Julai:

Kem, Program Inventori Pokok & Pembukaan Kem KUASA di Bukit Jana Nature Camp, Taiping, Perak

Tempat: Bukit Jana, Taping, Perak (tarikh akan dimuktamadkan kelak)

Koordinator: Izzeady Amir, Yus Rajatengas, Hafiz, Man & team KUASA

penyertaan terbuka kepada semua

 

Jun:

Kursus Pencarian Dana & Pengurusan Organisasi KUASA*

Tempat: Akan diberitahu Kelak

Koordinator: Hafiz

 

Julai:

Kursus Penggunaan GPS & Pemetaan Komuniti Orang Asli bagi tujuan tuntutan tanah adat & wilayah

Tempat: Kampung Orang Asli Desaria, Pos Air Banun, Gerik, Perak (tarikh akan dimuktamadkan kelak)

Tenaga Pengajar/ Fasilitator: Pasukan Penyelidik Geosains IPTA & team KUASA

_Sasaran Peserta: Komuniti Orang Asli Air Banun, Pos Dala, Lawin, Sungai Siput & mereka yang berminat dalam GPS, GIS & dokumentasi komuniti_

 

Ogos 5:

Bengkel Jom Pantau Alam Sekitar kita sempena Festival Kesenian Penang*

Koordinator: Team KUASA (tarikh akan dimuktamadkan kelak)

Tempat: Ferry Boat, Penang (Soundmaker Penang)

memerlukan/mengalu-alukan sukarelawan & tenaga pengajar untuk menjadi fasilitator semasa bengkel

Post Author: Editor KUASA