NGO KUASA Anjurkan Lawatan Lapangan Bagi Pengurusan Hutan Di Perak

 

PERAK: Pada 17 Ogos 2019. Satu lawatan lapangan bagi pengurusan hutan di Perak telah diadakan. Program tersebut dijalankan dari jam 9.30 pagi dan tamat pada jam 7.30 petang. Program ini bertempat di Taman Eko Rimba Papan dan Tapak Semaian Jabatan Perhutanan Daerah Kinta Manjung, Batu Gajah. Program ini juga diketuai oleh Hafizudin Nasarudin dan dibantu oleh Meor Razak. Jumlah peserta yang terlibat adalah seramai 15 orang yang terdiri daripada 8 orang lelaki dan 7 orang perempuan. Peserta yang terlibat terdiri daripada aktivis alam sekitar Perak dan sukarelawan KUASA. Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti berikut:

 

Bagi sesi penerangan dan susunan kenderan, peserta berkumpul di Pekan Pusing untuk menguruskan pengangkutan (4wd) supaya peserta dapat bergerak Bersama-sama dengan 4wd. Meor Razak menerangkan mengenai sistem pengurusan hutan di Semenanjung Malaysia dan latar belakang pengurusan hutan di Perak.

 

Bagi lawatan lapangan Taman Eko-Rimba Papan – Hutan tadahan air, peserta tiba di Taman Eko-Rimba Papan untuk melihat cara pengurusan Jabatan Perhutanan ke atas kawasan rekreasi & eko-pelancongan. Meor Razak juga menerangkan ciri-ciri hutan di taman ini yang juga berfungsi sebagai Kawasan tadahan air yang penting untuk bekalan air di negeri Perak. Peta topografi kawasan hutan tadahan air di negeri Perak ditunjukkan kepada peserta agar mereka dapat memahami bentuk muka bumi kawasan tadahan air dan aliran air sungai.

 

Bagi sesi perbincangan hasil lawatan dan rumusan aktiviti, peserta berkongsi analisis & pemahaman masing-masing mengenai apa yang merek pelajari sepanjang sesi lawatan lapangan. Perbincangan menjadi kritikal dengan buah fikiran peserta yang pelbagai.

 

Post Author: Editor KUASA