Projek Penanaman Pokok di bawah Inisatif CSR / ESG Penghijauan Lembah Kinta di Taman Alam Kinta, Gopeng, Perak 

 LATAR BELAKANG

Sejarah, Isu & Cabaran Guna Tanah Taman Alam Kinta

Taman Alam Kinta (Kinta Nature Park), merupakan kawasan tanah lembap (wetland) yang asalnya berlandskap Hutan Dipterokarp Pamah meliputi kawasan seluas 395.56 hektar di Gopeng dan Batu Gajah, Perak, dengan 60% daripadanya terdiri daripada tasik, bekas lombong dan pulau-pulau kecil. Pada tahun 2018, ia diwartakan sebagai Taman Negeri ketiga di Perak kerana kepentingannya sebagai habitat, zon penampan dan awasan persinggahan lebih 150 spesies burung, menjadikannya antara habitat burung / avifauna terbesar di Malaysia. Antara spesies dominan ialah Grey Heron, Black-crowned Night Heron, Cattle Egret dan Purple Heron yang kini tidak lagi bermigrasi tetapi menjadi penghuni tetap. Spesies lain termasuk Black and Red Broadbill, Blue-throated Bee-eater, Lesser Coucal, Olive-backed Sunbird, Orange-bellied Flowerpecker, Thick-billed Green Pigeon, Yellow-eared Spiderhunter, Kingfisher serta pelbagai spesies Belatuk. Selain burung, mamalia seperti tupai, babi hutan, tikus tanah, musang pandan, kera dan beruk turut mendiami kawasan ini. Reptilia seperti ular sawa, ular tedung selar, serta pelbagai spesies amfibia juga dilaporkan

Namun, sebahagian besar hutan dipterokarp pamah asal telah terjejas akibat perlombongan bijih timah yang telah hampir 1 abad berlangsung, serta pembukaan tanah pertanian dan pencerobohan haram sebelum digazet sebagai kawasan perlindungan pada tahun 2018, menyebabkan kepelbagaian flora dan fauna menjadi terhad serta fungsi ekologi menurun. Kebanyakan liputan dan guna tanah di sini setelah dibuka untuk tujuan terbabit kini adalah didominasi oleh tanah berpasir / bekas lombong, kebun pertanian terbiar dan dipenuhi semak & belukar termasuk didominasi tumbuhan luar di beberapa bahagian

Cadangan untuk memulihara & memelihara flora dan fauna di Taman Alam Kinta

Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA), salah sebuah pertubuhan alam sekitar yang berpengkalan di Lembah Kinta, Perak telah berhasrat untuk melipat gandakan usaha konservasi kawasan perlindungan yang telah terosot melalui projek Penghijauan Lembah Kinta. Pihak KUASA telah mengadakan kerjasama erat bersama Perbadanan Taman Negeri Perak (PTNPk) sejak tahun 2018 lagi menerusi pelbagai program yang direncana termasuk Projek Konservasi di Pulau Sembilan, Manjung Perak. Pada tahun 2023, pihak KUASA meluaskan lagi sayap konservasinya dengan membuat kerjasama bersama PTNPk untuk menjalankan usaha konservasi, rehabilitasi dan penghutanan semula secara berkala di kawasan terosot di dalam Taman Alam Kinta. Beberapa siri mesyuarat, lawatan tapak dan perbincangan teknikal telah dilakukan bersama pihak PTNPk. Dalam sesi ini kami telah mengenalpasti kepentingan untuk memulihara dan memelihara kawasan terbabit, menganalisis guna tanah, kualiti tanah, biodiversity dan keadaan sekeliling kawasan sebelum mengusulkan teknik restorasi dan penghutanan semula yang efektif. Di dalam sesi ini juga kami telah memilih kawasan yang berpotensi untuk dipulihara dengan perincian di Bab 3 – Tapak Penanaman Pokok.Kami juga telah mengadakan sesi mesyuarat & perbincangan bersama komuniti tempatan khususnya penduduk Kampung Kota Bharu bagi menjadi pemegang taruh berkepentingan di mana mereka akan terlibat sebagai pelaksana bersama dalam memantau, menyelenggara kawasan penanaman dan menyediakan khidmat catering & khemah sewaktu program sekaligus projek ini dapat memperkasa sosioekonomi setempat selain mewujudkan nilai kepunyaan / sense of belonging mereka terhadap kawasan konservasi

Gambar  menunjukkan mesyuarat, libat urus dan lawatan tapak yang dijalankan antara pihak KUASA dan Perbadanan Taman Negeri Perak 

Persatuan Aktivis Sahabat Alam – KUASA & trek rekod yang lalu

Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA) – PPM 033-08-14112012 di bawah Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) merupakan sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) alam sekitar yang berpusat di Perak dan mengfokuskan kepada usaha konservasi dan perlindungan Biodiversiti di Semenanjung Malaysia khususnya sepanjang kawasan Banjaran Titiwangsa. KUASA mempunyai rekod pengalaman yang panjang dan kapasiti dalam menganjurkan program rehabilitasi, pendidikan alam sekitar dan penanaman pokok. Melalui kerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan, universiti dan syarikat swasta menerusi inisiatif CSR di masa lalu, KUASA bersama lebih 300 orang sukarelawan sedia ada telah menanam lebih 87,620 anak pokok di negeri Perak. Di samping itu, KUASA turut memiliki tapak semaian pokok dengan kapasiti penghasilan sebanyak lebih 10,000 anak pokok yang terletak di Hutan Ulu Chepor, Ipoh. Tapak semaian ini mampu membekalkan anak pokok tempatan seperti pokok hutan tropika (spesis dipterokarp & non-dipterokarp), pokok buah-buahan nadir / liar hutan, pokok riparian sungai (pokok penahan tebing & zon penampan sungai & pokok-pokok landskap tempatan. 

Rekod Penanaman Fasa 1

Untuk Fasa 1, iaitu sejak setahun yang lalu, KUASA telah menjalin kerjasama dengan PTNPk dan mendapatkan nasihat teknikal daripada Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) bagi melaksanakan projek penanaman pokok di sini di mana model hutan buatan manusia di FRIM, Kepong yang tertua di dunia – yang telah dibangunkan daripada guna tanah yang sama iaitu bekas tanah lombong dan pertanian, dengan usaha penanaman secara sistematik dan berasaskan pokok tempatan, kita mampu mewujudkan semula hutan biodiversity asal yang kaya bagi menampung dan meningkatkan semula populasi avifauna & mamalia di sini.

Sesi libat urus dan perbincangan bersama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) untuk merangka reka bentuk, metodologi & model penanaman yang efektif di Taman Alam Kinta

Bagi tempoh tahun pertama ini, kami telah membuat penanaman secara eksperimen (experimental planting) secara teknik Pocket Forest / Miyawaki dengan menanam kesemua jenis spesis pokok dipterocarp pamah / non dipterocarp, pokok teduhan, pokok berpasir, pokok riparian dan pokok buah-buahan liar / nadir di kawasan plot penanaman. Sejumlah 1,500 pokok telah ditanam oleh 370 sukarelawan melalui kerjasama CSR bersama 5 syarikat swasta, Exco Kerajaan Negeri Perak, ADUN & Ahli Parlimen.

Terdapat 57 spesis berbeza yang telah ditanam di dalam 3 hektar pertama. Ini adalah bagi menguji dan mengenalpasti jenis / spesis pokok apakah yang mampu tumbuh dengan berjaya dan berdaya tahan untuk tempoh yang lama bagi keadaan landskap di kawasan plot penanaman yang mempunyai tekstur berpasir, tanah gersang, didominasi semak / belukar, kawasan terbuka yang panas (kurang teduhan) dan kurang pengairan. Memandangkan tempoh ini adalah penanaman secara eksperimen – sudah tentu tidak semua spesis yang mampu hidup dengan lebih kurang 60-70% pokok sahaja yang berjaya hidup. Namun kami telah jelas mengenalpasti pokok pemula yang benar-benar sesuai untuk ditanam di Fasa Kedua ini dengan kebarangkalian survival lebih daripada 90%. Tumpuan akan diberikan kepada penanaman spesies perintis dan pokok pelindung yang tahan lasak, mempunyai daya ketahanan tinggi terhadap kemarau, menggunakan air yang minimum, serta berfungsi menyediakan teduhan dan mikroklimat bagi spesies lain yang akan diperincikan di dalam Bahagian 3 nanti.

Gambar-gambar aktiviti & program sepanjang Fasa 1 penanaman

LOKASI TAPAK PENANAMAN POKOK

Daripada perbincangan dan persetujuan dengan PTNPk, kami telah mengenalpasti lot & kawasan penanaman yang berpotensi untuk dipulihara. Lot ini perlu diberi tumpuan dilihat mustahak kerana terdapat lot-lot tanah di kawasan Taman Alam Kinta ini yang mengalami masalah kemorosotan kualiti tanah, flora dan fauna disebabkan ia pernah diceroboh untuk pembinaan tapak perkebunan dan telah dibiarkan. Guna tanah sedia ada di kawasan terbabit adalam kawasan bekas lombong biji timah dan kebun sayur dengan tekstur tanah permukaan berpasir dan 1 kaki ke bawah tanah hitam. Hasil daripada perbincangan dan persetujuan ini, pihak kami telah diberikan lot seluas 10.2 hektar untuk fasa 5 tahun terawal untuk projek  ini untuk dipulihara dan kami menumpukan 4 blok pertama dengan keluasan 6 hektar terlebih dahulu.

OBJEKTIF & KEPENTINGAN PROGRAM

       i.         Menjalankan 1 program dengan penanaman 400 penanaman pokok pemula (pioneering trees) & pokok tempatan setiap bulan yang merangkumi pokok teduhan perintis, pokok berpasir, pokok balak, pokok buah-buahan nadir dan pokok pemuliharaan tanah lombong di kawasan terosot dan bekas lombong di plot 10.2 hektar Taman Alam Kinta

     ii.         Melibatkan 60 orang sukarelawan setiap bulan / setiap kali program untuk menjalankan kerja penanaman untuk tujuan kesedaran sempena menyambut Hari Tema Alam Sekitar Sedunia 

    iii.         Memulihara Kembali kawasan bekas tinggalan lombong dan kawasan hutan terosot di Taman Alam Kinta dengan penanaman pokok tempatan bagi mewujudkan semula habitat & ekosistem avifauna (burung setempat & burung hijrah) serta spesis mamalia selain mengindahkan landskap dan menambah tadahan serapan karbon.

    iv.         Membantu menjalankan agenda kelestarian syarikat menerusi program CSR dan ESG melalui aktiviti penghijauan dan penanaman semula dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk NGO, komuniti tempatan dan agensi kerajaan

PERINCIAN CADANGAN PROGRAM 

  • – Butiran Program & Aktiviti

1.          PERINCIAN CADANGAN PROGRAM

Tarikh-tarikh Cadangan:

  1. Januari 2025: Sempena Hari Burung Hijrah Sedunia
  2. Februari 2025: Sempena Hari Tanah Lembap Sedunia
  3. Mac 2025: Sempena Hari Hidupan Liar Sedunia, 
  4. Mac 2025: Hari Air & Hari Penanaman Pokok Sedunia
  5. April 2025: Sempena Hari Bumi Sedunia
  6. Mei 2025: Sempena Hari Burung Hijrah Sedunia, 
  7. Mei 2025: Sempena Hari Biodiversiti Sedunia & Hari Spesis Terancam Sedunia
  8. Jun 2025: Sempena Hari Alam Sekitar Sedunia, Hari Menangani Kemarau & Hari Hutan Hujan Sedunia
  9. Julai 2025: Sempena Hari Konservasi Alam Sedunia & Hari Kesedaran Sedunia
  10. Ogos 2025: Sempena Bulan Kemerdekaan
  11. September 2025: Sempena Hari Kesihatan Alam Sedunia & Hari Malaysia
  12. Oktober 2025: Sempena Hari Habitat dan Haiwan Sedunia & Hari Kelestarian Bumi
  13. November 2025: Sempena Hari Ekologi Sedunia &
  14. Disember 2025: Sempena Konservasi Sedunia
  15. Disember 2025: Sempena Hari Tanah Sedunia

Peserta: 60-100 orang sukarelawan daripada kakitangan syarikat, Sukarelawan KUASA, Perbadanan Taman Negeri Perak & Orang Awam

Lokasi Terperinci: Plot KUASA (10.2 hektar), Kg Kota Baru, Taman Alam Kinta, Gopeng, Perak

Aturcara Program: 

MasaAktiviti
8.30 pagi: Peserta tiba di Lokasi & bergerak ke khemah program
9.15 pagi: Upacara pembukaan: Ucapan Wakil syarikat: Taklimat Kesedaran Alam Sekitar & Biodiversiti: Taklimat Penanaman Pokok
9.45 pagi: Acara Bergambar Beramai-ramai
10.00 pagi: Penanaman Pokok & Penyelenggaraan 
12.00 tengahari: Peserta Berkumpul Semula: Acara Penutup & Penyampaian Cenderahati
12.30 tengahari: Makan Tengahari: Bersurai

Persiapan & mobilisasi pra-program

Untuk menggerakkan persediaan untuk aktiviti program, banyak persediaan perlu dilakukan. KUASA telah merancang dan melantik kakitangan lapangan kami untuk melakukan penyediaan pra-program termasuk tinjauan tapak, pengambilan pokok, pengangkutan pokok & bahan penanaman, menandakan tapak / tempat penanaman, menggali lubang, meletakkan tiang penandaan, pembersihan tapak, surat & dokumentasi untuk memaklumkan Perbadanan Taman Negeri Perak, pemasangan khemah untuk peserta, memesan makanan dan minuman daripada katering,  Percetakan sepanduk & poster dan persediaan logistik & teknikal lain. Oleh itu, kos dan belanjawan untuk projek itu akan meliputi semua ini sebagai tambahan kepada pembelian / pemerolehan pokok. 

 Langkah penanaman pokok

Secara ringkasnya, prosedur penanaman pokok merangkumi beberapa langkah utama, bermula dengan penyediaan dan pembersihan tapak yang merangkumi kerja-kerja membuang rumpai dan mesin rumput / semak, diikuti dengan penandaan lubang tanaman pokok, persiapan sungkupan dan batang pisang, penggalian lubang menggunakan mesin auger atau tangan. Seterusnya, baja penggalak akar dimasukkan sebelum anak pokok ditanam setelah polybag dikeluarkan. Pokok yang ditanam kemudian diketatkan dengan tali pada tiang buluh untuk sokongan, disiram secukupnya, dan akhirnya ditutupi atau disungkupi dengan kompos dan batang pisang bagi mengekalkan kelembapannya. Sungkupan ini Adalah amat penting berdasarkan pengajaran daripada penanaman eksperimen kami di mana ia mampu membuatkan pokok yang ditanam itu tidak panas, sejuk dan menyimpan air dalam kadar yang lama serta mengelakkan persaingan daripada rumpai liar. 

Contoh pokok yang disungkup.

Keluasan/Jarak penanaman pokok

Bagi projek ini, kami telah memperuntukkan 6 hektar untuk plot Public Bank dengan intensiti tanaman sejarak 2×2 meter di mana ia mampu menampung penanaman 6,000 pokok menggunakan kaedah penanaman triagonal (rujuk rajah di bawah). Pemerhatian pihak KUASA dan nasihat teknikal daripada Institut Penyelidikan Hutan Malaysia (FRIM) dari sudut teknikal mengenalpasti kesesuaian penanaman kaedah segi tiga (triangular) di mana tumbuhan bergantian baris mengimbangi separuh ruang antara tumbuhan dalam satu baris. Kaedah ini lebih mudah, memberikan jarak yang optimum untuk pertumbuhan kanopi pokok iaitu 2-meter bagi menyediakan kawasan teduhan yang redup dan memberi kesan susunan yang lebih semula jadi berbanding segi empat sama atau segi empat tempat

Teknik penanaman menggunakan sistem plot (dengan saiz 50 x 50 m) dan susun atur penanaman disepadukan antara segi empat tepat (kiri) dan segi tiga (kanan) untuk meniru susunan pokok hutan semula jadi. Setiap plot boleh ditanam dengan maksimum 70-75 pokok yang memudahkan penyokong projek melakukan penyelenggaraan & pemantauan

Cadangan Tanaman Spesies Pokok

Setelah mengenalpasti jenis tanah di kawasan penanaman, yang mana tanahnya bersifat berpasir dan kemampatan yang longgar, ditambah dengan faktor cuaca panas di kawasan terbuka, serta bereksperimen dengan kesemua jenis pokok berpotensi, pihak penyelidik kami telah mengenalpasti bahawa pokok yang sesuai untuk ditanam untuk 1-3 tahun pertama projek adalah pokok perintis, pokok pelindung bertahan tinggi dan menggunakan air sedikir dan pokok buah-buahan bertahan lasak. Antara pokok yang dicadangkan adalah: 

Spesis Pokok:  
1. Pokok Bintangor11. Pokok Halban20. Meranti Temak Nipis
2. Pokok Ketapang Pasir12. Pokok Semarak Api21. Tulang Daeng
3. Pokok Mempari13. Pokok Penarahan22. Kelempayan
4. Pokok Merbau14. Tembusu Padang23. Senduduk
5. Pokok Turus Pagar15. Pokok Bebaru24. Balik Angin
6. Pokok Asam Kundang16. Pokok Putat25. Sesendok
7. Pokok Nyatoh17. Pokok Balau 26. Bayur Bukit
9. Pokok Mahang 18. Pokok Jemerlang27. Kelumpang Jari / Burung
10. Pokok Pulai19. Kelat Paya 28. Saga

Gambaran akhir hutan yang diwujudkan:

Hasil akhir penanaman arboretum / hutan buatan manusia selepas 15-30 tahun

4.7 – Penyelenggaraan & Pemantauan:

Kerja-kerja penyelenggaraan dan pemantauan tumbesaran pokok yang ditanam akan dijamin dan dimasukkan sekali dalam kos pembelian anak pokok dengan nilai tambahan 30% daripada harga asal. Pasukan kami akan memastikan kesemua 400 anak pokok yang ditanam berjaya dengan kadar peratusan berjaya 90-05% ke atas, jika ada yang gagal hidup, ia akan diganti dengan pokok baru dan kami akan memastikan kerja-kerja penyenggelaraan dan pemantauan dijalankan sehingga 2 tahun penanaman dan ke atas. Pelaksanaan aktiviti penanaman pokok akan disusuli dengan rekod inventori tumbesaran dan keadaan pokok. Hal ini akan diuruskan oleh sukarelawan KUASA bagi memastikan tumbuhan yang telah ditanam mempunyai peratus pertumbuhan yang tinggi dan mencapai impak yang disasarkan. Kaedah penyelenggaraan dan pemantauan daripada pihak KUASA merangkumi:

  • Sulaman (1 bulan sekali): Mengganti anak pokok yang mati, berpenyakit dan tidak produktif
  • Laporan pemantauan & kemajuan pertumbuhan setiap 3 bulan
  • Lawatan pemantauan berkala setiap bulan
  • Penyelenggaraan & pemantauan sehingga 2 tahun.
  1. MANFAAT PROGRAM

Sebagai sebuah syarikat perbankan terkemuka yang memberi tumpuan kepada agenda kelestarian dan pensejahteraan alam sekitar, kerjasama dengan Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA) selaras dengan strategi kelestarian syarikat. Berikut adalah manfaat utama yang akan diperoleh Bromma daripada inisiatif penanaman pokok jangka panjang bersama KUASA di Taman Alam Kinta:

i. Kesan Alam Sekitar Jangka Panjang melalui Pemeliharaan, Pemuliharaan & Restorasi Habitat dan Ekosistem Avifauna serta Mamalia Setempat: Penanaman 400 pokok baharu di Taman Alam Kinta memberikan sumbangan besar dalam memulihkan dan menambah baik habitat semula jadi bagi burung hijrah, burung tempatan serta mamalia kecil yang bergantung kepada hutan paya, tasik bekas lombong, dan pinggir sungai di kawasan ini. Pokok-pokok yang disebutkan menyediakan struktur vegetasi yang berlapis (stratifikasi kanopi, understory, dan lantai hutan) yang penting untuk membina kembali habitat yang stabil. Dalam tempoh tiga bulan awal, memang kesannya masih kecil, namun pokok yang tumbuh akan mula menyediakan ruang berteduh, kawasan hinggap, tempat bersarang, serta sumber makanan (buah, bunga, daun muda) untuk avifauna dan mamalia. Burung hijrah seperti Asian Openbill dan burung air lain akan mendapat lebih banyak tempat hinggap serta sumber perlindungan daripada cuaca ekstrem, manakala burung tempatan seperti Pekaka, Merbah, dan Helang akan memperoleh kawasan berburu yang lebih sesuai. Mamalia kecil seperti tupai, musang, dan kelawar juga akan mula bergantung kepada struktur vegetasi yang terbentuk. Dalam jangka panjang, penanaman ini bukan sahaja menambah biodiversiti, malah bertindak sebagai agen restorasi ekosistem paya bekas lombong yang semakin terfragmentasi akibat pembangunan.


ii. Agenda Menangani Perubahan Iklim: Penanaman 400 pokok ini secara langsung menyumbang kepada agenda mitigasi perubahan iklim di peringkat tempatan dan sejajar dengan sasaran global. Pokok-pokok ini berfungsi sebagai “carbon sink” yang mampu menyerap karbon dioksida (CO₂) daripada atmosfera dan menukarkannya kepada biomassa (batang, dahan, daun, akar). Walaupun impaknya dalam tiga bulan pertama belum ketara, pokok yang sihat akan mula memberikan kesan positif dari tahun pertama hingga seterusnya. Selain menyerap karbon, pokok juga membantu menstabilkan suhu mikro kawasan tasik dan daratan sekitarnya, mengurangkan kesan pulau haba, dan menambah kelembapan persekitaran. Dalam konteks iklim ekstrem, kawasan ini akan berfungsi sebagai “penyerap kejutan” semula jadi — mengurangkan banjir kilat melalui penyerapan air tanah, serta mengekalkan kelembapan dan kesihatan ekosistem akuatik. Inisiatif ini adalah bukti usaha kecil tetapi signifikan dalam menyumbang kepada agenda nasional Malaysia untuk mencapai Neutraliti Karbon menjelang 2050.


iii. Agenda Menangani Pelepasan Karbon dan Potensi Serapan Karbon oleh 400 Pokok: Setiap pokok matang secara purata mampu menyerap kira-kira 22 kg CO₂ setahun berdasarkan anggaran konservatif untuk spesies tropika, menjadikan jumlah serapan tahunan selepas pokok mencapai pertumbuhan stabil (sekitar tahun ke-5 ke atas) dianggarkan ±8.8 tan CO₂ setahun bagi 400 pokok; dalam tempoh lima tahun pertama serapan terkumpul dijangka sekitar 20 hingga 29.3 tan CO₂, meningkat kepada 80–90.7 tan menjelang tahun ke-10, 160 tan selepas 15 tahun, 200 tan selepas 20 tahun, 400 tan selepas 30 tahun, 800 tan selepas 50 tahun, dan melebihi 1,200 tan CO₂ dalam tempoh 100 tahun, bergantung kepada kadar kelangsungan hidup, pertumbuhan diameter batang dan biomassa spesies kayu keras tropika – angka konservatif ini menunjukkan inisiatif penanaman 400 pokok tetap mampu memberi sumbangan signifikan dan berjangka panjang dalam mengurangkan pelepasan karbon serta menyokong usaha menangani kesan rumah hijau dan pemanasan global.

iv. Sokongan terhadap Inisiatif ESG Korporat: Program ini juga memberi nilai tambah kepada syarikat dari aspek ESG (Environmental, Social & Governance) serta CSR. Dari segi Environmental, projek ini menunjukkan komitmen jelas syarikat dalam mendukung usaha mitigasi perubahan iklim, pemuliharaan biodiversiti, serta restorasi ekosistem tempatan. Dari segi Social, program ini meningkatkan hubungan syarikat dengan komuniti setempat, NGO alam sekitar, dan pihak berkuasa negeri kerana manfaatnya dapat dirasai secara kolektif. Dari segi Governance, penglibatan dalam projek ini meningkatkan rekod pencapaian syarikat dalam laporan keberlanjutan (sustainability performance reporting), sesuatu yang semakin dituntut oleh pelabur, rakan kongsi dan pelanggan global. Secara keseluruhan, projek ini mengangkat imej syarikat sebagai korporat yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar, berwawasan jauh, serta serius dalam menjadikan ESG sebagai sebahagian daripada teras operasi mereka. Imej positif ini bukan sahaja memberi kelebihan reputasi, malah boleh meningkatkan daya saing syarikat dalam pasaran tempatan dan antarabangsa.

Pakej Penajaan & Publisiti untuk syarikat: Dengan sokongan daripada syarikat, KUASA akan menyediakan platform komprehensif bagi menyerlahkan serta mempromosikan imej dan produk syarikat melalui pelbagai medium. Antara manfaat penajaan yang ditawarkan termasuk peluang kepada wakil syarikat untuk menyampaikan ucapan selama lima minit semasa salah satu program anjuran KUASA, paparan logo syarikat penaja di laman web rasmi KUASA, pada banner, bunting serta cenderahati program, selain integrasi logo pada gambar dan video rasmi. Publisiti jenama, produk dan perkhidmatan syarikat juga akan diberikan semasa program, dengan liputan tambahan melalui bahan bercetak, siaran akhbar, artikel media serta promosi di platform media sosial KUASA. Wakil penaja turut akan dijemput menyertai program yang dijalankan, di samping menerima sijil penajaan dan cenderahati penghargaan rasmi daripada pihak kami. Di samping itu, satu laporan penuh program akan disediakan bagi memudahkan ia dilampirkan bersama Laporan Kelestarian Tahunan (Annual Sustainability Report)syarikat. Sebarang manfaat tambahan atau medium publisiti lain juga terbuka untuk dibincangkan bersama agar selari dengan keperluan syarikat.

v. Sokongan terhadap Sosioekonomi Komuniti dan Peningkatan Kesedaran: Kerjasama dengan KUASA dalam inisiatif ini akan melibatkan pemerkasaan komuniti melalui pembelian anak pokok daripada masyarakat Orang Asli di Perak serta penyediaan katering oleh komuniti setempat. Dengan cara ini, komuniti tempatan akan mendapat manfaat daripada sokongan terhadap sosioekonomi mereka. Selain itu, perkongsian ini juga berupaya meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pokok dalam menangani perubahan iklim kepada para pekerja, pemegang kepentingan, masyarakat, serta generasi muda, melalui penglibatan mereka sebagai sukarelawan dalam aktiviti ini, terutamanya pelajar dari universiti dan sekolah.

6. KOS & BAJET PENUH PROGRAM

Sejumlah RM 23,140.00 diperlukan untuk menjalankan 1 program di mana ia meliputi kos perolehan anak pokok pokok, kos penyelenggaraan pokok susulan dan bahan sokongan dan aktiviti program termasuk makanan & minuman, fasilitator, penyediaan tapak, logistik, pengangkutan, dokumentasi, sewaan, sepanduk dan lain-lain barangan sokongan. Semua item bajet & angka adalah berdasarkan rekod masa lalu kami, 12 tahun dalam projek penanaman pokok. Berikut adalah kos perincian

Walaubagaimanapun, kami amat terbuka kepada perbincangan bersama pihak syarikat untuk mengurangkan bajet berdasarkan kemampuan bajet CSR Syarikat di mana jumlah anak pokok, peserta dan kos tertentu boleh dikurangkan atau syarikat sudi bekerjasama dengan pihak syarikat atau organisasi CSR lain sebagai “co-sponsor”.

KESIMPULAN:

Secara keseluruhannya, program penanaman sehingga 400 pokok di Taman Alam Kinta bukan sahaja memberi manfaat segera kepada alam sekitar, tetapi juga menjanjikan kesan jangka panjang yang besar dalam pemeliharaan biodiversiti, mitigasi perubahan iklim, dan keseimbangan ekosistem. Usaha ini membantu memulihkan habitat penting bagi burung hijrah, spesies burung tempatan dan mamalia setempat, sekali gus berpotensi menjadikan kawasan tersebut sebagai titik tumpuan ekopelancongan berasaskan biodiversiti di negeri Perak. Dari sudut perubahan iklim, 400 pokok ini diunjurkan menyerap sehingga puluhan ribu tan karbon dalam tempoh jangka panjang sehingga 100 tahun, menjadikannya pelaburan hijau yang memberi pulangan lestari kepada generasi akan datang. Bagi pihak korporat seperti syarikat, inisiatif ini bukan sahaja memenuhi tanggungjawab sosial korporat (CSR), malah membuktikan komitmen terhadap agenda ESG (Environmental, Social & Governance) yang semakin menjadi penanda aras prestasi dan reputasi global, sekali gus memperkukuh imej syarikat sebagai entiti perniagaan yang progresif, prihatin dan selari dengan aspirasi negara menuju neutraliti karbon. Selain memberikan publisiti positif, penerimaan masyarakat dan keyakinan pelabur, projek ini turut menjadi pelaburan strategik dalam memperkukuhkan kedudukan korporat di pasaran, seterusnya melahirkan warisan hijau yang bermanfaat kepada ekosistem, masyarakat setempat dan imej syarikat untuk jangka masa panjang.Terima kasih!

Post Author: Editor KUASA