Projek Penubuhan Taman Negeri Segari Melintang

Pantai Segari adalah kawasan pesisiran pantai yang berkepanjangan hampir 20 km yang terletak di wilayah Pantai Barat Semenanjung Malaysia di dalam Daerah Manjung, Perak, Malaysia. Berdasarkan ekspedisi penyelidikan kami sebelum ini, Segari mempunyai segalanya dalam kekayaan biodiversiti. Sepanjang perairan tersebut terdapat 6 buah pantai dan sungai yang masih asli dan tidak tercemar. Spesis hidupan liar […]

Latihan Pemerkasaan Komuniti Hutan (LEPAK)

Matlamat utama projek ini adalah untuk mengukuhkan lagi pengawasan hutan di Semenanjung Malaysia dengan memperkasakan komuniti akar umbi yang tinggal berhampiran kawasan hutan sensitif seperti komuniti orang Asli, Nelayan di Hutan Paya Laut, petani dan golongan warga desa untuk secara langsung melindungi, memantau dan mendapat akses secara langsung kepada sumber-sumber hutan melalui beberapa siri latihan […]

Latihan Aktivis Alam Sekitar (LASAK)

Projek Latihan Aktivis Alam Sekitar adalah salah satu inisiatif KUASA untuk melatih orang awam khususnya golongan muda & komuniti akar umbi untuk menjadi aktivis alam sekitar. Matlamat utama LASAK adalah untuk menggalakkan partisipasi awam dalam pengurusan dan pembuatan keputusan dalam sektor alam sekitar berdasarkan polisi, undang-undang dan saluran yang sedia ada dengan melatih dan memperkasa […]