NGO KUASA penuhi keperluan Masyarakat Kampung Peralong

KELANTAN: NGO KUASA dan Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan (JKOAK) telah bekerjasama demi menjayakan projek Kebun Mandiri Orang Asli (KMOA). Kerjasama ini telah berjaya mendapatkan dana dari geran SGP di mana ia disalurkan kepada kerja KMOA di Kampung Peralong, Gua Musang, Kelantan.

Projek 18 hari yang berakhir pada 3 Disember 2021 (Jumaat) melibatkan 20 orang peserta termasuk Koordinator program, Encik Hafizuddin Nasaruddin, pembantu Izzeady Amir (konsultan), Hawa Wahid, Mastura Mazlan, Syuhada Sulong, Afif Aiman, para sukarelawan dan penduduk Kampung Peralong itu sendiri.

Awal sebelum projek dijalankan, KUASA telah mengadakan pertemuan & dialog antara komuniti Peralong di mana mereka mendapati isu-isu yang sering dihadapi oleh penduduk tersebut tambahan lagi ketika negara dilanda pandemik COVID-19.

Gambar diatas merupakan tapak pertanian, tapak semaian, reban ayam & lokasi pengairan sebelum projek KMOA bermula. Terdapat 33 buah keluarga di Kampung Peralong, masing-masing dengan pekerjaan sebagai penoreh getah, bekerja di ladang kelapa sawit dan pemungut hasil hutan. Demi mengelakkan masalah tanaman yang sering diserang, lokasi pengairan yang agak jauh dari kawasan kebun, dan sumber makanan yang terhad, KUASA, para sukarelawan dan penduduk Peralong bersatu memanfaatkan sepenuhnya lokasi (gambar diatas).

Bermula dengan pembelian barang-barang kelengkapan projek kepada perlaksanaan aktiviti membajak, aktiviti pemindahan anak pokok dan sayur-sayuran seperti sayur sawi, kangkong, kacang panjang dan labu ke batas tanaman, pemasangan lampu kelip penghalau gajah di sekeliling kebun, penyediaan batas, semaian 8 jenis sayuran, aktiviti pembinaan rumah semaian, pengukuran, penandaan kawasan dan pemacakan tiang pagar, pemasangan dawai duri di sekeliling kebun, penebasan lalang dalam kawasan yang telah dipagar, pencarian kayu sebagai sokongan kepada tiang pagar, penandaan jarak laluan utama kebun, dan pemasangan jaring hitam di sekeliling pagar  telah sedikit sebanyak bantu menjayakan projek ini (rujuk gambar dibawah).

 

Post Author: Editor KUASA