NGO KUASA Anjurkan Kem Keamanan Alam Sekitar

 

TAIPING: Pada 16 dan 17 September 2019 satu Kem keamanan alam sekitar telah diadakan. Program tersebut dijalankan selama 2 hari bermula dari jam 3.30 petang (16 September) dan tamat pada jam 1.30 petang (17 September). Program ini bertempat di Jeti kelip-kelip Kampung Dew & Sungai Sepetang. Program ini juga diketuai oleh Hafizudin Nasarudin dan dibantu oleh Hawa Wahid. Jumlah peserta yang terlibat adalah seramai 17 orang yang terdiri daripada 9 orang lelaki dan 8 orang perempuan. Peserta yang terlibat terdiri daripada sukarelawan KUASA.

 

Bagi acara pembukaan dan ice breaking, Hafiz mengalu-alukan kedatangan peserta di Jeti Kelip-Kelip Kampung Dew dan menerangkan objektif program Kem Keamanan Alam Sekitar diadakan. Seterusnya, peserta dan urusetia memperkenalkan diri masing-masing dan dipecahkan mengikut kumpulan untuk memudahkan aktiviti selepas ini dijalankan.

 

Seterusnya, untuk taklimat ekologi Sungai Sepetang, peserta diberi taklimat mengenai ekologi Sungai Sepetang – mempunyai dirian hutan paya bakau yang kaya dengan hidupan.

 

Bagi taklimat ekologi kelip-kelip, Hawa menerangkan ekologi kelip-kelip dan kitaran hidup, ciri fizikal, habitat serta kebergantungan kelip-kelip kepada kualiti paya bakau yang sihat.

 

Untuk aktiviti pembersihan sungai sepetang, peserta menaiki bot menyusuri Sungai Sepetang untuk mengutip sampah-sampah yang ada. Jumlah sampah yang dikutip ialah 79 kg.

 

Bagi aktiviti melihat kelip-kelip, peserta dibawa menaiki bot bagi menyusuri habitat kelip-kelip dan melihat keindahan cahaya lampu kelip-kelip.

 

Selanjutnya, bagi sesi perbincangan – konservasi habitat paya bakau, peserta berbincang mengenai usaha konservasi yang boleh diketengahkan kepada pihak berkuasa dan kempen kepada masyarakat awam untuk memastikan kelestarian Sungai Sepetang ini.

 

Pada 17 September, peserta dibawa ke kawasan hutan paya bakau yang terosot untuk aktiviti penanaman anak pokok bakau bagi mengkayakan semula kawasan itu. Sebanyak 50 anak pokok Berjaya di tanam.

 

Bagi sesi perbincangan – kesukarelawanan dalam konservasi alam sekitar, peserta berbincangan mengenai usaha anak-anak muda untuk terlibat dalam aktiviti-aktiviti kesukarelawan dalam konservasi alam sekitar.

 

Untuk sesi refleksi, peserta memberikan maklum balas mengenai kem keamanan alam sekitar serta berkongsi pengalaman, komen dan penambahbaikan program.

Post Author: Editor KUASA