NGO KUASA Anjurkan Kem Keamanan Alam Sekitar di Pasir Panjang

PASIR PANJANG: Pada 16 hingga 15 September 2019 satu kem keamanan alam sekitar atau sekolah alam telah diadakan. Program tersebut dijalankan selama 2 hari bermula dari jam 3.30 petang (14 September) dan tamat pada jam 1.30 petang (15 September). Program ini bertempat di Taman Eko-Rimba Pasir Panjang dan Pusat Konservasi & Penerangan Penyu Segari, Perak. Program ini juga diketuai oleh Hawa Wahid dandibantu oleh Ismady Radzuan. Jumlah peserta yang terlibat adalah seramai 53 orang yang terdiri daripada 25 orang lelaki dan 28 orang perempuan. Peserta yang terlibat terdiri daripada pelajar sekolah daerah Manjung dan Segari.

 

Bagi acara pembukaan dan ice breaking, En. Hafiz mengalu-alukan kedatangan peserta di program Kem Keamanan Alam Sekitar dan menerangkan objektif program ini diadakan. Seterusnya, peserta dan urusetia memperkenalkan diri masing-masing dan dipecahkan mengikut kumpulan untuk memudahkan aktiviti selepas ini dijalankan.

 

Untuk aktiviti gotong-royong pembersihan pantai, peserta bergotong-royong membersihkan kawasan Taman Eko-Rimba, Pantai Pasir Panjang & Pusat Konservasi & Penerangan Penyu. Jumlah sampah yang Berjaya dikutip ialah 43 kg. Sampah yang dikutip diasingkan mengikut jenis dan dikutip oleh Majlis Perbandaran Manjung.

 

Seterusnya, bagi lawatan ke Pusat Penyu dan Taklimat Ekologi, Peserta dibawa untuk melawat kawasan pameran, pusat penetasan, kolam asuhan serta kolam rehabilitasi sambal mendengar penerangan mengenai usaha Jabatan Perikanan Negeri Perak dalam konservasi penyu.

 

Bagi aktiviti perlepasan anak penyu, peserta dibimbing oleh pegawai-pegawai daripada Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu melepaskan anak-anak penyu yang sudah bersedia ke laut.

 

Selanjutnya, untuk Tayangan Filem “A Turtle’s Tale”, peserta menonton filem animasi mengenai kehidupan penyu yang turut memaparkan isu plastik di laut. Selepas menonton filem ini, peserta berkongsi sesama sendiri mengenai pengajaran yang diperoleh daripada filem ini.

 

Pada 15 April, aktiviti penanaman pokok dan penyelenggaraan anak pokok telah diadakan. Cik Hawa memberikan taklimat mengenai objektif aktiviti penanaman pokok dan penyelenggaraan anak-anak pokok yang telah ditanam dalam program-program KUASA dahulu. Peserta Berjaya menanam 90 anak pokok spesies persisiran pantai.

 

Bagi Sesi Latihan Dalam Kumpulan – Kempen Kesedaran, peserta dipecahkan mengikut kumpulan dan diberi tugasan untuk membentangkan aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan di sekolah untuk kempen kesedaran bagi usaha konservasi alam sekitar.

 

Untuk Sesi refleksi, peserta dan guru pengiring memberikan maklum balas mengenai kem keamanan alam sekitar serta berkongsi pengalaman, komen dan penambahbaikan mengenai program.

Post Author: Editor KUASA