NGO KUASA Anjurkan Kem Keamanan Alam Sekitar

 

MANJUNG: Pada 20 dan 21 April 2019 satu kem keamanan alam sekitar telah diadakan. Program tersebut dijalankan selama dua hari iaitu bermula dari jam 8.30 pagi (20 April) dan tamat pada jam 7.30 petang (21 April). Program ini bertempat di Taman Eko-Rimba Pasir Panjang dan Pusat Konservasi serta Penenrangan Penyu Segari, Perak. Program ini juga diketuai oleh Hafizudin Nasarudin dan dibantu oleh Fatin Hanani. Jumlah peserta yang terlibat adalah seramai 57 orang yang terdiri 23 lelaki dan 34 perempuan. Peserta yang terlibat adalah daripada pelajar USM dan sukarelawan KUASA.

 

Bagi acara pembukaan dan Ice Breaking, En. Hafiz mengalu-alukan kedatangan peserta di Taman Eko-Rimba Pasir Panjang dan menerangkan objektif program Kem Keamanan Alam Sekitar diadakan. Seterusnya, peserta dan urusetia memperkenalkan diri masing-masing dan dipecahkan mengikut kumpulan untuk memudahkan aktiviti selepas ini dijalankan.

 

Untuk taklimat keselamatan dan aktiviti pemasangan khemah, En. Hafiz memberikan taklimat keselamatan kepada para peserta bagi melancarkan program dan mengelakkan kejadiaan tidak diingini berlaku. Peserta dan urusetia bergotong royong memasang khemah dan membersihkan kawasan solat.

 

Seterusnya, bagi perbincangan dalam kumpulan – Ekologi Hutan Bukit Pantai Segari, Peserta berpecah mengikut kumpulan untuk berbincang dan berkongsi mengenai ekologi hutan bukit pantai di Segari. Setiap kumpulan dibantu oleh urusetia yang berpengetahuan mengenai ekologi hutan bukit pantai agar perbincangan ini berfakta, tepat & mudah difahami.

 

 

Bagi Sesi Perkongsian – Isu Alam Sekitar di Manjung, Perak, En. Hafiz menerangkan beberapa isu alam sekitar yang berlaku di Manjung yang turut menjejaskan ekologi hutan bukit pantai seperti projek kuari, pembalakan, pembangunan infrastruktur tidak mampan dan aktiviti pengorekan pasir yang mneyebabkan hakisan pantai. Peserta turut didedahkan kepada tadbir urus sumber di negeri Perak yang tidak efesien yang menyebabkan aktiviti kemusnahan alam sekitar ini berlaku secara sah di Malaysia.

 

Pada 21 April, aktiviti penanaman pokok dan penyelenggaraan anak pokok telah dilakukan. Meor Razak memberikan taklimat mengenai objektif aktiviti penanaman pokok dan penyelenggaraan anak-anak pokok yang telah ditanam dalam program-program KUASA dahulu. Peserta Berjaya menanam 120 anak pokok spesies persisiran pantai.

 

 

Seterusnya, bagi sesi Taklimat Ekologi Penyu, Dr. Nurul menyampaikan taklimat ekologi penyu kepada para pseserta. Beliau menerangkan kitaran hidup penyu dan purata jumlah penyu yang mendarat di Pantai Pasir Panjang yang semakin berkurang semenjak penambahan aktiviti manusia di situ.

 

Selanjutnya, bagi lawatan ke Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Segari, peserta dibawa untuk melawat kawasan pameran, pusat penetasan, kolam asuhan serta kolam rehabilitasi sambal mendengar penerangan mengenai usaha Jabatan Perikanan Negeri Perak dalam konservasi penyu.

 

Untuk sesi gotong-royong, peserta bergotong-royong membersihkan kawasan Taman Eko-Rimba, Pantai Pasir Panjang & Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu. Jumlah sampah yang Berjaya dikutip ialah 103 kg. Sampah yang dikutip diasingkan mengikut jenis dan dikutip oleh Majlis Perbandaran Manjung.

 

 

Untuk sesi refleksi, peserta memberikan maklum balas mengenai kem keamanan alam sekitar dan berkongsi pengalaman, komen serta penambahbaikan program.

 

Seterusnya, bagi aktiviti perlepasan anak-anak penyu, peserta dibimbing oleh pegawai-pegawai daripada Pusat Konservasi & Penerangan Penyu melepaskan anak-anak penyu yang sudah bersedia ke laut.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Post Author: Editor KUASA