NGO KUASA Anjurkan Lawatan Lapangan Sistem Tebangan Memilih

POS PIAH: Pada 14 Oktober 2019 satu lawatan lapangan  Sistem tebangan memilih telah diadakan. Program tersebut dijalankan bermula dari jam 10.30 pagi dan tamat pada jam 6.30 petang. Program ini bertempat di Pos Piah. Program ini juga diketuai oleh Hafizudin Nasarudin dan dibantu oleh Shazni Bhai dan Abbas Saidi. Jumlah peserta yang terlibat adalah seramai 13 orang yang terdiri 9 lelaki dan 4 perempuan. Peserta yang terlibat adalah daripada Alumni LASAK dan masyarakat orang asli.

 

Bagi Sesi Penerangan mengenai sistem pembalakan di Malaysia. Peserta diberi penerangan mengenai sistem-sistem pembalakan dan tebangan yang dilaksanakan di Malaysia juga sistem tebangan memilih bagi projek pembalakan dan sistem tebangan habis (cuci mangkuk) bagi projek pembangunan ladang hutan dan kelapa sawit. Peserta turut diberi penerangan mengenai latar belakang projek pembalakan di Pos Piah, penempatan masyarakat Orang Asli yang akan dilawati.

 

Untuk sesi lawatan lapangan berhampiran kawasan projek pembalakan, peserta dibawa ke kawasan lapang berhampiran projek pembalakan mengikut jalan balak yang dibuat oleh pembalakan untuk mengeluarkan hasil balak. Peserta juga berkesempatan melihat papan tanda yang menunjukkan nombor lesen dan tempoh lesen untuk projek pembalakan yang dilawati. Hafizudin menaikkan dron bagi mendapatkan ‘aerial view’ kawasan projek pembalakan untuk ditunjukkan kepada peserta supaya mereka mendapat gambaran jelas mengenai konsep sistem tebangan memilih.

 

Bagi sesi perbincangan hasil lawatan & rumusan aktiviti, peserta berkongsi pemerhatian mereka mengenai kaedah sistem tebangan memilih dan konflik pembangunan-masyarakat Orang asli. Rata-rata peserta mampu berfikir secara analitikal serta mengenalpasti lompong-lompong di dalam sistem yang telah dimanipulasi oleh pihak berkuasa serta syarikat pembalak bagi mebuat keuntungan.

Post Author: Editor KUASA