NGO KUASA Anjurkan Lawatan Lapangan Empangan Mini Hidroelektrik (Jalong Tinggi)

PERAK: Pada 11 Oktober 2019 satu lawatan lapangan empangan mini Hidroelektrik (Jalong tinggi) telah diadakan. Program tersebut dijalankan bermula dari jam 10.30 pagi dan tamat pada jam 6.00 petang . Program ini bertempat di Kampung Lawai dan Kawasan projek. Program ini juga diketuai oleh Hafizudin Nasarudin dan dibantu oleh Meor Razak dan Hawa Wahid. Jumlah peserta yang terlibat adalah seramai 12 orang yang terdiri daripada orang awam, pelajar universiti dan pegawai SPRM.

 

Bagi Sesi Penerangan Isu Empangan Minihidro, peserta diberi penerangan mengenai latar belakang isu minihidro yang berlaku di Hutan Simpan Kekal Piah dan menjejaskan kehidupan masyarakat Orang Asli di sana. Peserta bergerak menggunakan 2 buah 4wd bagi memudahkan perjalanan masuk bagi sesi tinjauan kawasan tapak projek.

 

 

Seterusnya, Sesi perkongsian bersama masyarakat orang asli mengenai kesan daripada projek minihidro yang dijalankan di kawasan berdekatan kampung mereka dan menjejaskan sumber air mereka. Peserta memberikan perhatian dan bertanya soalan bagi membentuk satu analisa terhadap isu ini. Pegawai SPRM yang terlibat turut memberikan pandangan mengenai elemen-elemen ketidaktelusan yang berlaku dalam perancangan dan pelaksanaan projek.

 

Bagi lawatan lapangan ke sekitar tapak projek, selepas makan tengah hari dan solat, peserta meneruskan lawatan tinjaun ke sekitar kawasan sungai tapak projek minihidro. Di sini, Meor Razak turut menunjukkan beberapa kesalahan pelanggaran SOP oleh pihak pemaju.

 

Untuk perbincangan hasil lawatan dan rumusan aktiviti, peserta kembali ke Kampung Lawai untuk berbincang mengenai hasil pemahaman dan pemerhatian masin-masing. Perbincangan turut disertai oleh masyarakat Orang Asli.

 

 

 

Post Author: Editor KUASA