NGO KUASA Anjurkan Lawatan Lapangan Mobilisasi Blockade Gua Musang

 

GUA MUSANG: Pada 16, 17 dan 18 Julai 2019 satu lawatan lapangan Mobilisasi Blockade Gua Musang telah diadakan. Program tersebut dijalankan selama 3 hari bermula dari jam 3.00 petang (16 Julai) dan tamat pada jam 2.30 petang (18 Julai). Program ini bertempat di Blockade orang Asli, HS Brooke, Gua Musang, Kelantan. Program ini juga diketuai oleh Hafizudin Nasarudin dan dibantu olehShazni Bhai. Jumlah peserta yang terlibat adalah seramai 19 orang yang terdiri daripada 11 orang lelaki dan 8 orang perempuan. Peserta yang terlibat terdiri daripada LASAK Alumni, ahli kumpulan Innovation4Change dan masyarakat orang asli.

 

Bagi Sesi Penerangan Tanah Adat Orang Asli, peserta diberi penerangan mengenai latar belakang sejarah tanah ada dan wilayah orang asli di Semenanjung Malaysia. Hafiz menerangkan sistem pengurusan hutan di Kelantan serta lompong menimbulkan masalah dalam konflik tanah adat & wilayah orang asli & kerajaan negeri.

 

Selanjutnya, untuk Sesi Perkongsian Bersama Masyarakat Orang Asli – Kronologi Blockade, Mustaffa sebagai Pengerusi Jaringan Orang Asli Gua Musang berkongsi kronologi pembinaan blockade dan kempen menuntut pengiktirafan tanah adat suku Temiar Gua Musang. Sesi ini hanya membincangkan kronologi & permasalahan yang berlaku serta projek ladang hutan bertindih dengan kawasan tanah adat, pencemaran air akibat pembalakan dan masalah sosial akibat alcohol serta dadah.

 

Pada 17 Julai,  Sesi Perkongsian – Mobilisasi Kempen & Blockade telah diadakan. Dalam sesi ini, Mustaffa Hafiz berkongsi tentang mobilisasi masyarakat Orang Asli bermula tahun 2015 sehingga 2019. Mustaffa menegaskan kepentingan bagi mempelajari mengenai hak-hak masyarakat Orang Asli yang diperuntukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan serta sistem pengurusan hutan agar dapat memahami projek pembangunan yang ada. Mustaffa menegaskan kepentingan jaringan kampung-kampung Orang Asli bagi mendapatkan strategi dalam memulakan kempen. Beliau turut menegaskan keperluan bagi pemimpin masyarakat dalam menyatukan kampung-kampung yang ada agar kesemuanya boleh bergerak sebagai satu kumpulan yang besar dan kuat.

 

Untuk lawatan lapangan – Stesen-stesen blockade, peserta bergerak ke satu stesen blockade ke blockade yang lain. Setiap blockade dikawal oleh kumpulan yang berlainan agar sistem kawalan sistemik dan efektif. Setiap blockade juga didirikan untuk menghalang laluan masuk bagi projek yang berbeza.

 

Seterusnya, bagi latihan berkumpulan – perbincangan hasil lawatan, peserta berbincangan secara berkumpulan mengenai mobilisasi blockade & kempen yang dijalankan di Gua Musang bagi melindungi kawasan tanah adat daripada syarikat pemaju. Peserta daripada Myanmar kagum dengan mobilisasi bagi blockade yang dikordinasi oleh Mustaffa.

 

Pada 18 Julai, Pembentangan Kumpulan – Inspirasi Mobilisasi Kempen telah diadakan. setiap kumpulan membentangkan strategi mobilisasi kempen bagi isu-isu yang dihadapi oleh kumpulan mereka sendiri & bagaimana pendedahan kepada cara mobilisasi di Gua Musang dapat membantu mereka di Myanmar.

 

Bagi sesi refleksi, setiap peserta berkongsi mengenai pengetahuan baru yang mereka pelajari daripada masyarakat Orang Asli di Gua Musang dan bagaimana program pertukaran ilmu mengenai mobilisasi & strategi kempen dapat membantu Gerakan-gerakan alam sekitar di sekitar ASEAN. Untuk makan tengah hari dan acara penutup, peserta dihidangkan dengan masakan tradisional masyarakat Orang Asli dan persembahan kebudayaan.

 

 

Post Author: Editor KUASA