NGO KUASA Anjurkan Latihan Aktivis Alam Sekitar (LASAK 6.0)

 

SUNGAI MERBOK: Pada 12, hingga 14 Julai 2019 satu program Latihan Aktivis Alam Sekitar (LASAK 6.0) telah dijalankan yang bertempat di Bakau Hijau, Sg. Merbok, Kedah. Pengarah program ini adalah Hafizudin Nasarudin dan dibantu oleh Encik Meor Razak dan Dr. Nurul Salmi Abd Latip. Jumlah peserta yang terlibat adalah seramai 20 orang yang terdiri daripada 13 orang lelaki dan 7 orang perempuan. Para peserta yang terlibat adalah terdiri daripada pelajar UM, UKM, wartawan, aktivis social, aktivis politik dan orang awam.

 

Bagi sesi pendaftaran peserta dan makan malam, ketibaan para peserta di Bakau Hijau. Para peserta lelaki membuat persiapan barangan dan tempat tidur mereka di boathouse manakala peserta perempuan ditempatkan di homestay milik orang kampung. Seterusnya, untuk sesi suai kenal peserta, peserta memperkenalkan diri, berkongsi latar belakang dan pengalaman mereka berkaitan aktivisme alam sekitar.

 

Untuk Slot Perkongsian 1 – Realiti kemusnahan hutan & biodiversiti di Semenanjung Malaysia, slot ini membincangkan realiti kemusnahan hutan dan biodiversiti di Semenanjung Malaysia. Hafizudin menunjukkan beberapa aktiviti pembangunan yang dijalankan secara sah mengikut undang-undang dibawah peruntukan polisi dan dasar pembangunan negara. Peserta juga diperkenalkan dengan model ekonomi yang diamalkan di negara ini yang banyak berkisarkan eksploitasi hutan dan sumber alam. Eksploitasi hutan dan sumber alam telah mengakibatkan banyak kemusnahan hutan dan biodiversiti.

 

Bagi latihan dalam kumpulan – pembahagian kumpulan dan tugasan, terdapat lima kumpulan yang mewakili lima aktiviti pembangunan yang merosakkan alam sekitar. Para peserta bebas untuk memilih kumpulan masing-masing. Antara aktiviti pembangunan yang merosakkan alam sekitar adalah seperti pembalakan sms, ladang hutan, kuari, akuakultur dan penambakan.

 

 

Pada 13 Julai, bagi Slot Perkongsian 2 – Kenali Alam Sekitar Kita, Dr. Nurul memberikan perkongsian dengan menerangkan landskap alam sekitar dan biodiversity di Malaysia. Perkongsian ini amat penting dan bekesan dalam menambahkan kefahaman peserta sebelum memulakan sesi seterusnya iaitu sesi  lawatan lapangan ke Kawasan paya bakau di sepanjang Sungai Merbok.

 

 

Selanjutnya, bagi Lawatan Lapangan 1 – Hutan Bakau Sungai Merbok, peserta menaiki bot dan menyelusuri Sungai Merbok untuk melihat ekosistem hutan paya laut. Kemudian peserta diabawa melawat kawasan hutan bakau yang masih belum terganggu dan kawasan kolam akuakultur yang memerlukan penebangan kawasan hutan bakau secara besar-besaran untuk dibuka. Kesemua peserta diberi penerangan oleh nelayan tempatan mengenai perbezaan jumlah hasil tangkapan mereka setiap tajun yang terjejas akibat pembukaan kolam-kolam akuakultur secara berleluasa.

 

Untuk Aktiviti penanaman pokok bakau, aktiviti ini diadakan di Kawasan Hutan Simpan Sungai Merbok Bersama pegawai daripada Jabatan Perhutanan Kedah. Sejumlah 250 anak pokok bakau berjay ditanam.

 

Bagi Slot Perkongsian 3 – Selok Belok Pengurusan Hutan di Semenanjung Malaysia, Encik Meor menerangkan kepada peserta mengenai sistem pengurusan hutan di Semenanjung Malaysia. Antara ilmu penting yang perlu difahami oleh orang awam bagi memahami system pengurusan hutan – status hutan, guna tanah, pihak berkuasa negeri, akta perhutanan & perlembagaan persekutuan.

 

Seterusnya, untuk Perbincangan Kumpulan – Kes Kemusnahan Alam Sekitar di Malaysia, setiap kumpulan membincangkan hasil analisis mereka dan merangka strategi yang boleh diguna pakai untuk menghadapi isu tersebut serta gerak kerja kempen yang relevan. Para peserta telah menunjukkan pemahaman dalam isu masing-masing dan mampu berbincang dengan baik tanpa campur tangan daripada fasilitator.

 

Pada 14 Julai, bagi sesi pembentangan kumpulan – kes kemusnahan alam sekitar di Malaysia, setiap kumpulan membentangkan hasil daripada perbincangan masing-masing. Melalui pembentangan mereka, jelas menunjukkan mereka dapat memahami isu dan merangka strategi dengan bail. Ini membuktikan mereka memberikan tumpuan dan memahami perkongsian daripda tenaga pengajar sepanjang program berlangsung.

 

Bagi Slot Perkongsian 4 – Kempen & Mobilisasi Aktivisme Alam Sekitar, pada sesi ini membincangkan hasil pembentangan kumpulan mengenai strategi yang telah dicadangkan oleh mereka. Moderator berjaya menunjukkan perkaitan langkah-langkah yang diberikan oleh peserta dengan kejayaan Gerakan aktivisme alam sekitar di Malaysia menyelesaikan sesuatu isu. Sesi ini juga mengupas aktivisme alam sekitar di Malaysia.

 

Bagi sesi refleksi dan rumusan, Encik Hafizudin merumuskan kesemua aktiviti dan perbincangan yang telah berlaku selama 3 hari 2 malam. Para peserta turut memberi maklum balas mengenai program.

 

Post Author: Editor KUASA