NGO KUASA Anjurkan Lawatan Lapangan Ke Hutan Di Taiping & Kampung Dew

TAIPING: Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA) telah mengadakan Lawatan Hutan di Taiping & Kampung Dew bertempat di Bukit Hillview, Bukit Mas, Bukit Jana dan Program Konservasi Habitat Kelip-Kelip Kampung Dew pada . Lawatan telah disertai seramai 22 orang yang terdiri daripada sukarelawan KUASA dan wakil Sekolah Rimba Bukit Jana.

 

Bagi aktiviti menjejak Bukit Hillview & Bukit Mas, sebaik sahaja peserta tiba di kaki Bukit Hillview, mereka diberi penerangan mengenai Bukit Hillview yang diberi gelaran Forest Island atau Pulau Bukit kerana ianya satu-satunya bukit yang tidak bersambung dengan bukit yang lain & dikelilingi bangunan. Di sepanjang perjalanan, peserta dibawa ke kawasan yang telah diteroka untuk tujuan perumahan iaitu pembinaan rumah banglo di lereng bukit curam & projek-projek pembangunan.

 

Aktiviti seterusnya ialah aktiviti menjejak Bukit Jana. Bagi aktiviti ini, para peserta dapat melihat kelip-kelip di sepanjang Sungai Sepetang di Jeti Kelip-Kelip Kampung Dew. Selesai melihat kelip-kelip, peserta diterangkan oleh Encik Shukor, selaku Pengerusi Komuniti Kelip-Kelip Cahaya Alam Perak (KECAP) mengenai masalah yang mengganggu ekosistem kelip-kelip di Kampung Dew. Pebincangan diteruskan dengan merancang strategi untuk mendapatkan pengikhtirafan kawasan rizab sungai bagi kepentingan kelip-kelip.

 

Untuk aktiviti konservasi ekosistem Sungai Sepetang, beberapa program konservasi ekosistem Sungai Sepetang yang dianjurkan oleh KECAP disertai oleh peserta. Antaranya ialah penanaman pokok spesies bakau di sepanjang Sungai Sepetang, pembinaan nurseri komuniti, pembersihan sungai dan pelepasan anak-anak ikan di sungai.

Selanjutnya, bagi penyerahan laporan alam sekitar Negeri Perak kepada Menteri Besar di Jeti Kelip-Kelip Kampung Dew, Presiden KUASA, Hafizudin bersama wakil Sahabat Alam Malaysia (SAM) telah menyampaikan satu laporan yang disiapkan oleh KUASA kepada MB Perak untuk diteliti. Antara perkara yang dibincangkan sewaktu penyerahan laporan ialah kelulusan projek ladang hutan baru di Perak, penerokaan haram di tanah milik MB Inc & tadbir urus kerajaan negeri dalam hal ehwal sumber.

 

Sebagai rumusan, program ini berjalan dengan lancar mengikut perancangan semua aktviti yang telah dirancang. Walaupun terdapat sedikit kekangan, namun pihak penganjur dapat mengatasinya dengan pantas. Melalui aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan, peserta dapat menyedari kepentingan keseimbangan alam dan pembangunan di zaman yang ini.

Post Author: Editor KUASA