NGO KUASA Anjurkan Lawatan Lapangan– Biodiversiti Segari & Manjung

MANJUNG: Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA) telah mengadakan Lawatan Lapangan ke Biodiversiti Segari dan Manjung pada 17 November 2018. En. Ismady Radzuan merupakan pengarah program dan dibantu oleh Cik Hawa Wahid. Lawatan telah disertai seramai 35 orang yang terdiri daripada sukarelawan KUASA pelajar USM.

 

 Bagi Aktiviti Pembersihan Pantai Pantai Pasir Panjang, peserta tiba di Pantai Pasir Panjang, Segari dari USM Kampus Induk, Pulau Pinang dan terus dibahagikan kumpulan mengikut zon kawasan mengutip sampah di sepanjang pantai. Sampah dibahagikan mengikut jenis & diletakkan di kontena sampah yang disediakan oleh pihak MPM.

 

Seterusnya, bagi Lawatan dan  Taklimat Konservasi Marin Penyu, peserta dibawa melawat Pusat Penerangan dan Konservasi Penyu Segari bermula dari pusat penetasan (hatchery), kolam anak-anak penyu baru menetas dan kolam bagi penyu dewasa. Penerangan bagi setiap fasa hidupan penyu diberikan oleh Dr. Nurul Salmi daripada USM. Selepas itu, mereka berkumpul di hadapan dewan bagi sesi taklimat konservasi marin & penyu. Taklimat ini juga disampaikan oleh Dr. Nurul Salmi.

 

Untuk Taklimat Konservasi Mawas, taklimat konservasi mawas disampaikan oleh Dr. Nadine Ruppert, seorang pensyarah dan penyelidik spesies mawas dari USM. Sesi taklimat dimulakan dengan video pendek dan penerangan kepada system pembiakan & cara hidup spesies mawas.

 

Bagi Lawatan ke Habitat Paya Bakau – Taman Paya Bakau, Manjung, sesi lawatan ini adalah untuk mendedahkan peserta kepada ekosistem paya bakau & spesies mawas yang berada di Taman Paya Bakau.

 

Sebagai rumusan, Lawatan Bersama pelajar USM bagi mempelajari biodiversiti di daerah Manjung & Segari Berjaya dijalankan walaupun terdapat kekangan seperti factor cuaca & jarak antara tempat yang jauh. Maklum balas yang diberi oleh peserta amat positif kerana mereka dapat mempelajari mengenai hutan bukit pantai, paya bakau, ekologi penyu & mawas.

Post Author: Editor KUASA