Latihan Aktivis Alam Sekitar (LASAK 7.0) di Banjaran Titiwangsa Perak-Kelantan

Sukacita dimaklumkan, Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA) bakal menganjurkan Program Latihan Aktivis Alam Sekitar (LASAK 7.0) yang bakal berlangsung pada 24-25 Ogos nanti di sepanjang banjaran Titiwangsa Perak-Kelantan

LASAK 7.0 bertujuan untuk mendedahkan para peserta tentang realiti senario pembangunan hari ini yang kadang kala, tanpa pengurusan dan penjagaan alam sekitar yang baik telah menyebabkan beberapa kerugian ekologi dan kemusnahan alam sekitar yang menjejaskan kesejahteraan rakyat. Ia juga bertujuan untuk melatih para peserta untuk menjadi warganegara yang prihatin, yang mampu mengambil tindakan proaktif dalam menyertai proses pembangunan negara, melindungi khazanah alam yang tercinta serta membuka pandangan hidup mereka tentang betapa pentingnya alam sekitar di dalam kehidupan.

LASAK kali ini akan menumpukan kepada aktiviti lawatan lapangan di mana para peserta akan dibawa dan didedahkan dengan isu-isu alam sekitar yang berbeza di sekitar banjaran Titiwangsa Perak-Kelantan dengan melawat kawasan pembalakan, pembukaan ladang sayur, agro-pelancongan, kuari, empangan hidroelektrik, kawasan tanah runtuh dan juga kawasan eko pelancongan.

Berikut adalah maklumat terperinci program:

*Hebahan Program Latihan Aktivis Alam Sekitar 7.0 | Lawatan Eko-Kemusnahan**Hebahan Program Latihan Aktivis Alam Sekitar 7.0 | Lawatan Eko-Kemusnahan*

“Lawatan ke kawasan kemusnahan alam sekitar di sepanjang Banjaran Titiwangsa””

*Tarikh: 24 & 25 Ogos 2019 (Sabtu & Ahad)*Tempat: Simpang Pulai – Gua Musang (bermalam) – Jeli – Gerik

Aktiviti:
1. Berkumpul di Pejabat KUASA Ipoh

2. Melawat Kuari Simpang Pulai

3. Kampung Kerawat & Pergom (Cadangan Ladang Hutan)

4. Agro-Tourism Bukit Kinta (Pembalakan Cuci Mangkuk)

5. Top View Kinta Highlands (Hutan Hujan Tropika)

6. Kebun Sayur Besar-Besaran di Lojing

7. Hutan Simpan Brooke (Pembalakan Cuci Mangkuk) + Matau Balak

8. Hutan Simpan Brooke (Pembalakan Terpilih – SMS) + Matau Balak

9. Ladang Sawit di sepanjang jalan Lojing

10. Ladang Getah TLC di Gua Musang

11. Bermalam di Chalet GM Villa

12. Perbincangan

13. === HARI KEDUA ===

14. Dialog bersama komuniti Orang Asli & Melawat Blockade

15. Lalu sepanjang Hutan Simpang Gunong Stong Selatan – Dabong

16. Taman Negeri Gunung Stong

17. Kolam Air Panas Jeli

18. Tasik Pergau (Empangan Hidroelektrik)

19. Puncak Titiwangsa

20. Tasik Banding, Royal Belum (Taklimat bersama Pulau Banding Rainforest Research Centre)

21. Pulang ke Ipoh

Penyertaan anda dialu-alukan, bayaran yuran sebanyak RM60 (orang awam)/ RM40 (pelajar) selewat-lewatnya 20 Ogos (Selasa) boleh dibuat ke akaun:

PERSATUAN AKTIVIS SAHABAT ALAM

558181053154 MAYBANK

Sila hantar bukti pembayaran ke +60174181710 atau hawa@kuasaperak.org
Terima kasih

 

Post Author: Editor KUASA