PAMERAN ALAM SEKITAR “2 ALAM” | ENVIRONMENTAL EXHIBITION

Buat julung kalinya Persatuan Aktivis Sahabat Alam – KUASA dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan dan Sama Sama Perakmembawakan anda program Pameran dan Galeri Alam Sekitar, “2 Alam” yang memaparkan tentang realiti kemusnahan alam sekitar hari ini akibat daripada kelemahan pengurusan pembangunan yang telah menyebabkan pelbagai kerugian dalam bermacam sektor tanpa kita sedari.

Pameran 2 Alam yang bakal berjalan selama sebulan ini antara lain juga bertujuan untuk mengajak dan mendidik orang awam tentang kepentingan khazanah alam terutamanya hutan hujan tropika kepada kehidupan seharian kita yang memberikan sumber kehidupan yang penting serta membuatkan Malaysia sebagai salah satu negara terkaya dalam megadiversiti dunia dalam flora dan fauna.

Pameran ini mengajak pelawat untuk meneliti beberapa siri kemusnahan dan kerugian akibat bencana alam – hasil daripada kelemahan manusia sendiri da pada akhir bahagian pameran ini, penganjur ingin mengajak orang awam supaya bermuhasabah tentang cara hidup kita dan mengubah corak pembangunan dan ekonomi konvensional hari ini kepada pembangunan yang lebih hijau dan lestari.

Pameran ini akan dibuka pada setiap hari Sabtu dan Ahad bermula jam 10 pagi – 10 malam dan pada hari biasa ia akan dibuka mengikut tempahan kumpulan.

Selain itu, kami akan menganjurkan siri forum, ceramah dan tayangan filem bertemakan alam sekitar pada setiap Sabtu & Ahad sebagai salah satu pengisian program ini.

Ayuh, luangkan masa anda untuk melawat pameran ini dan tambahkan pengetahuan anda dalam selok belok alam sekitar kita.

Bagi pihak sekolah, agensi swasta, kolej ataupun kumpulan pelajar, yang berminat membuat lawatan khas / lawatan sambil belajar, anda boleh menempah slot dengan menghubungi:

010-965 1315 (HAFIZ) | 013-588 7465 (BHAI) |
017-418 1710 (HAWA) ATAU EMEL KE: ADMIN@KUASAPERAK.ORG

– – – – – – – – – – – – – – – — – – – – – – — – – – – – – — – – – – – – –

For the first time, the Persatuan Aktivis Sahabat Alam – KUASA with the cooperation of the Perak State Government and Sama-Sama Perak will bring you the Environmental Exhibition and Gallery, “2 ALAM” which show the reality of the current development in which has led to the massive environmental destruction that has causing various losses in various sectors without us being aware of.

2 ALAM exhibition will be running for 1 month continuously, which aim to educate the public on the importance of our pristine environment, especially tropical rainforests which had support our daily lives, provide vital resources and make Malaysia one of the megadiverse countries in the world in flora and fauna.

This exhibition invites visitors to explore a series of damages and losses cased by human made natural disasters – as a result of our own weaknesses and at the end of this exhibition, the organizers want to invite the public to take reflectio upon of our way of life and transform the current conventional development and economy to more green and sustainable development

The exhibition will open on every Saturdays and Sundays from 10am – 10pm and on weekdays it will be opened according to group bookings.

In addition, we will host a series of forums, talks and environmental-themed films every Saturday & Sunday as one of the programs contents.

Come on, free your time visit this exhibition and learn more about our environment.

Any schools, colleges or universities group, who are interested in making a special visit / study tour, you can book a slot by contacting:

010-965 1315 (HAFIZ) | 013-588 7465 (BHAI) |
017-418 1710 (HAWA) OR EMAIL TO: ADMIN@KUASAPERAK.ORG

 

Post Author: Editor KUASA