Kisah Pak Su Cherating yang memulihara Penyu yang patut kita contohi dan ambil pedoman

Ramai yang tidak mengetahui kisah Pak Su ini. Tatkala orang ramai mengutip dan membeli telur penyu di pantai timur untuk tujuan memakannya, beliau berusaha untuk mengutip semula telur-telur penyu ini.

Dan sebahagian besar telur tersebut dibelinya semula daripada pengutip telur dengan menggunakan wang beliau sendiri dan sumbangan orang ramai dengan harga RM 2.50/biji dan telur-telur tersebut diletakkan di lubang pengeraman/pusat penetasan (hatchery centre) binaan beliau sendiri yang bernama Rimbun Dahan Turtle Hatchery dengan dibantu oleh sukarelawan lain, sebelum ia menetas dan dilepaskan semula ke laut habitat asalnya.

Tahun lepas sendiri Pak Su telah membeli hampir 25,000 biji telur ini dan menetaskannya semula. Beliau telah membelanjakan sekitar RM 60,000-70,000 untuk memulihara spesis penyu Agar terutamanya di kawasan Pantai Cherating.

Walaupun di umur veteran sebegini, beliau tetap gigih membuat kerja konservasi ini tanpa mengharapkan ganjaran yang lumayan dan hampir setiap malam beliau berjaga mengutip telur-telur penyu tersebut. Justeru kita terutamanya orang-orang muda yang punya tenaga dan kekuatan ini seharusnya mengambil inspirasi ini untuk terus berbakti kepada alam.

Kepada mereka yang berminat untuk membantu menghulurkan sumbangan, anda bolehlah menghubunginya di talian:

013-906 4828 (Pak Su Cherating)
Atau
Fb nya: Pak Su Cherating

Sedikit Fakta: Survival anak penyu yang berjaya hidup sehingga dewasa amatlah rendah. Jika 1,000 biji telur berjaya menetas dan dilepaskan ke laut, hanya 1-2 ekor sahaja yang mampu hidup sehingga dewasa. Selainnya akan mati akibat tekanan persekitaran semulajadi (dimakan spesis besar, kurang sumber makanan, stress) dan impak aktiviti manusia.

Post Author: Editor KUASA